Back To All

Nov 10, 2025 5PM

Gelombang halal Terengganu - 316 syarikat lulus pensijilan JAKIM

Sebanyak 316 syarikat darpadai pelbagai kategori di Terengganu berjaya memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, daripada jumlah itu, kategori produk makanan mencatatkan bilangan tertinggi iaitu sebanyak 178 pensijilan.


Rekod itu disusuli premis makanan sebanyak 91 pensijilan, pengilangan kontrak (22), barangan gunaan (15), rumah sembelih, (enam) dan kosmetik (empat).


Bagi rekod daerah pula, Mohd Nurkhuzaini berkata, Kuala Terengganu mencatatkan jumlah syarikat tertinggi yang memperoleh sijil halal iaitu sebanyak 77 diikuti Kemaman (63).


Pencapaian itu diikuti oleh Dungun sebanyak 48, Marang dan Kuala Nerus masing-masing sebanyak (35), Besut (31), Hulu Terengganu (18) dan Setiu sembilan.


Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau Terengganu merangkap ADUN Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman (kredit foto: TRDI)


“Kerajaan negeri menyambut baik perkembangan ini kerana ia menunjukkan kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan pengusaha terhadap kepentingan pensijilan halal,” katanya.


Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-15 di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu hari ini.


Kenyataan Mohd Nurkhuzaini itu bagi menjawab soalan Zuraida Mohd Noor (PAS-Ladang) yang ingin mengetahui jumlah syarikat yang memiliki sijil Halal JAKIM di negeri itu.


ADUN Kota Putera itu juga berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melalui Bahagian Pengurusan Halal membantu pemohon secara menyeluruh dengan mengadakan Klinik My e-Halal secara berkala di setiap daerah bagi memastikan semua permohonan dapat diselesaikan dengan lancar.


"JHEAT turut bekerjasama dengan agensi pembimbing seperti Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan agensi lain sekiranya diperlukan bagi memperkukuh proses pensijilan halal di negeri ini," katanya dipetik Bernama.


Katanya, antara syarat utama pemohon sijil halal adalah syarikat perlu berdaftar secara sah, memiliki lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), mempunyai perakuan daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) atau JPV jika berkaitan serta memastikan produk dihasilkan mematuhi sepenuhnya piawaian halal ditetapkan.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

16 Nov 2025

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:01

mosque
imsak

Imsak

05:39:00

fajr

Fajr

05:49:00

syuruk

Syuruk

06:58:00

dhuhr

Dhuhr

13:01:00

asr

Asr

16:23:00

maghrib

Maghrib

18:59:00

isha

Isha

20:11:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase