Back To All

Jan 13, 2025 6PM

Jakim sahkan sandwic ham KK Mart tiada sijil halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan produk sandwic ham dijual di sebuah sebuah premis di Universiti Malaya (UM) tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

 

Jakim dalam kenyataan hari ini berkata, ia susulan hasil pemeriksaan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang dijalankan 10 Januari lalu.

 

“Hasil pemeriksaan mendapati bahawa produk berkenaan tidak mempunyai SPHM dan syarikat yang menghasilkan produk terbabit bukan pemegang SPHM.

 

“Oleh itu, tindakan pihak syarikat mencetak logo halal Malaysia pada label produk berkenaan adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan tindakan undang-undang telah diambil oleh KPDN,” katanya.

 

Sebelum ini, UM mengarahkan penutupan serta-merta dua cawangan KK Mart di kampus institusi pengajian tinggi berkenaan ekoran penjualan produk ham and cheese yang diragui status halalnya.


Selain tiada logo halal, syarikat pengeluar sandwic ham terbabit juga bukan pemilik SPHM


Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh menggesa pihak polis dan agensi berkaitan mengambil tindakan terhadap pihak mengguna logo halal untuk makanan berkenaan yang diragui status halalnya itu.

 

Dalam kenyataan berasingan di ruangan komen pula, Akmal berkata, perkataan ham biasanya dirujuk untuk makanan berasaskan babi kecuali maklumat misalnya menjelaskan ia diperbuat daripada ham ayam atau ham turki.

 

Jakim pada masa sama mengingatkan agar pengguna Muslim sentiasa menyemak status halal sesuatu produk melalui Portal Halal Malaysia atau aplikasi Verify Halal. 


Sementara itu, KK Mart dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menggantung semua urusan perniagaan dengan pembekal sandwic terbabit.


Rangkaian kedai serbaneka itu juga memaklumkan bahawa bekalan produk daripada Shake And Bake Cafe Sdn Bhd (Shake and Bake) untuk semua cawangannya dihentikan.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

15 Jan 2025

Waktu solat berikutnya,

Maghrib

pada

19:23

mosque
imsak

Imsak

06:03:00

fajr

Fajr

06:13:00

syuruk

Syuruk

07:23:00

dhuhr

Dhuhr

13:25:00

asr

Asr

16:48:00

maghrib

Maghrib

19:23:00

isha

Isha

20:37:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase