Back To All

Jan 05, 2026 6PM

Putusnya Butir Tasbihku Juara Anugerah Carta IKIMfm 2025

Lagu Putusnya Butir Tasbihku dendangan kumpulan Ustaz 3 Beradik (feat. Fadzil Far East) muncul juara Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi Mara (UiTM), baru-baru ini.

 

Kemenangan tersebut melayakkan komposer Frizdan Fizarahman serta penulis lirik Fadzli Far East dan Amy Bong membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi.

 

Selain itu, lagu bertemakan banduan akhir berkenaan turut dinobatkan sebagai persembahan terbaik, sekali gus menerima hadiah RM3,000 berserta trofi.


Kumpulan Ustaz 3 Beradik (feat. Fadzil Far East) Juara Anugerah IKIMFM 2025 melalui lagu Putusnya Butir Tasbihku


Naib juara ACI’25 menjadi milik kumpulan Simfoni (feat. Ezad Lazim) menerusi lagu Terus yang turut memenangi anugerah lirik terbaik, manakala tempat ketiga dimenangi kumpulan Rabbani dengan lagu Husnul Khatimah. Anugerah vokal terbaik pula dirangkul kumpulan Fetya menerusi lagu Taufan Al-Aqsa.


Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.


Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli; Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil; serta Naib Canselor Universiti institut Teknologi MARA (UiTM), Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin.


Naib juara ACI’25 menjadi milik kumpulan Simfoni (feat. Ezad Lazim) menerusi lagu Terus yang turut memenangi anugerah lirik terbaik


ACI’25 merupakan acara kemuncak tahunan yang mengiktiraf karya nasyid terbaik tanah air berdasarkan gabungan undian pendengar dan penilaian juri profesional.

 

Anugerah tersebut menjadi medan pengiktirafan terhadap penggiat nasyid yang menyumbang kepada pemerkasaan industri muzik berteraskan mesej dakwah, kemanusiaan dan ketuhanan.

 

Pada masa sama, Zulkifli berkata penganjuran anugerah tersebut berjaya menyemarakkan seni muzik nasyid, di samping memperlihatkan penglibatan penggiat seni daripada pelbagai lapisan, termasuk generasi muda.

 

Beliau berkata perkembangan tersebut memberi sinar harapan kepada negara untuk menyaksikan kebangkitan semula irama nasyid seperti yang pernah mewarnai industri suatu ketika dahulu, di samping merakamkan penghargaan kepada IKIM serta semua pihak yang terlibat dalam penganjuran ACI’25.

 

“Alhamdulillah dari segi penggiat nasyid itu kita nampak bahawa sudah ada generasi pelapis dengan adanya munsyid dan juga bimbingan daripada senior yang sudah lama terlibat dalam industri ini.

 

“Namun, yang paling penting juga bagaimana kualiti dan juga kandungan mesej yang disampaikan itu ... contohnya dari sudut alam sekitarnya, kerohaniannya, perpaduan, kedamaian dan itu yang kita mahukan, satu bentuk seni yang sebenarnya membina, bukan meruntuhkan,” katanya dipetik Bernama.

 

ACI’25 dianjurkan oleh IKIM dengan kerjasama rakan penaja Insaf Insani dan Mardhiyyah Hotel & Suites, serta sokongan Tarbiah Sentap Production dan UiTM.



Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

07 Jan 2026

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:22

mosque
imsak

Imsak

05:59:00

fajr

Fajr

06:09:00

syuruk

Syuruk

07:20:00

dhuhr

Dhuhr

13:22:00

asr

Asr

16:45:00

maghrib

Maghrib

19:19:00

isha

Isha

20:34:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase