Mar 27, 2026 4PM
Air nampak bersih, tapi betulkah halal?
Ramai pengguna menganggap air yang jernih dan tidak berbau sudah memadai untuk kegunaan harian.
Namun, satu pendedahan dalam sebuah diskusi santai Kinihalal Halaltuju baru-baru ini mendedahkan aspek halal dan suci sesuatu sumber air bukan sekadar pada cecairnya, tetapi pada teknologi penapisan yang digunakan.
Isu itu dikupas secara mendalam oleh tiga panelis jemputan iaitu Panel Syariah Halal dari Industri Halal Global Halal Malaysia, Ustaz Jabal Rahim, Ketua Pembangunan Perniagaan Panaxy Ho Shiao Kiat dan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Siti Ayisah Suria.
Bahaya tersirat dalam penapis air tanpa sijil Halal: Risiko tulang, bulu dan minyak haiwan

Menurut Ho yang berpengalaman selama 20 tahun dalam industri penapisan air, terdapat unsur-unsur meragukan yang sering terlepas pandang dalam pembuatan kartrij penapis.
Namun, bagi pengeluar yang menekankan konsep penapis air halal seperti Panaxy Filtration kata beliau, mereka memastikan setiap penapis direka untuk memberi keyakinan, ketenangan fikiran dan kepastian kepada pengguna bagi memastikan produk tersebut selamat dan toyyiban (kebaikan/kesihatan) digunakan.
“Bahan penapis mungkin mengandungi campuran tulang haiwan yang tidak pasti sumbernya, bulu haiwan, malah minyak pelincir.
“Sesetengah kilang menggunakan minyak pelincir berasaskan haiwan untuk menutup kartrij penapis semata-mata kerana kos yang lebih murah.
“Jadi, ini adalah perbezaan antara penapis air halal dan tidak halal, ia terletak pada unsur dan proses,” katanya.

(Dari kiri) Ho Shiao Kiat dan Siti Ayisah Suria mengupas aspek halal dan suci dalam penapis air digunakan
Sebagai alternatif, Ho berkata, sistem penapis yang mendapat pengiktirafan halal seperti Panaxy Filtration menggunakan bahan daripada tempurung kelapa yang mempunyai daya serapan (absorption) yang sangat baik tanpa membabitkan unsur haiwan.
Menurut beliau, dalam usaha memastikan produk mereka benar-benar halal, Panaxy Filtration menitikberatkan pemilihan bahan mentah yang selamat dan diiktiraf.
“Penapis pra-proses yang digunakan tidak membabitkan bahan haiwan seperti bulu atau tulang, kerana bahan-bahan tersebut kerap menimbulkan isu halal.
“Bulu dan tulang haiwan kadang-kadang dimasukkan dalam proses oleh sesetengah pengeluar lain dan kita tidak tahu dari mana asalnya.
“Itulah sebabnya kita sangat menekankan pemeriksaan MSDS (Material Safety Data Sheet) atau keputusan laporan tertentu. MSDS tak mungkin silap,” katanya.
Beliau turut menegaskan, walaupun sesetengah pengilang mendakwa mempunyai sijil halal atau laporan ujian, terdapat kes sijil halal palsu dari luar negara.
Justeru, katanya, prosedur syarikat adalah menjalankan audit dan semakan berkala bagi memastikan setiap bahan mentah memenuhi standard halal sebenar sebelum digunakan.
“Kita audit dua kali, menyemak dengan badan halal dahulu, baru kita pakai bahan itu. Ini adalah cabaran yang sedia ada di pasaran, jadi kami sangat berhati-hati,” katanya.
Tambah Ho, penggunaan penapis tidak halal atau bahan yang kurang pasti boleh menyebabkan pencemaran silang (cross-contamination) seterusnya menjejaskan makanan dan minuman, termasuk risiko cirit-birit kepada pengguna.
Katanya, di Malaysia, segelintir pelanggannya memahami kepentingan penapis air terutama mereka yang mengusahakan bidang Food & Beverages (F&B).
“Penapis air bukan sahaja penting dari sudut halal, tetapi juga menjaga peralatan seperti mesin kopi dan peralatan industri lain.
“Tanpa penapis yang sesuai, peralatan boleh rosak akibat karat atau pencemaran lain, sekali gus menjejaskan kualiti produk.
“Selain memastikan produk halal dan bersih, kita sentiasa menitikberatkan aspek toyyiban bagi menjaga kebersihan dan kelestarian peralatan,” katanya.

Audit Halal Jakim: Penapis air wajib diisytiharkan dalam permohonan sijil Halal
Siti Ayisah menjelaskan walaupun pensijilan halal di Malaysia bersifat sukarela, kesedaran industri terhadap keperluan itu semakin meningkat.
Beliau berkata, sejak 2020, penapis air disenaraikan sebagai salah satu komponen yang perlu diisytiharkan dalam permohonan sijil halal premis atau produk.
“Auditor Jakim akan memeriksa setiap bahagian penapis daripada bahan mentah dalam kartrij seperti karbon aktif hinggalah ke bahagian sekecil gasket dan penutup (capping).
“Jika syarikat tidak mempunyai sijil halal untuk penapis tersebut, mereka wajib mengemukakan MSDS untuk membuktikan tiada unsur haram digunakan,” katanya.

Ustaz Jabal Rahim mengingatkan bahawa air adalah elemen utama dalam ibadah maka status kesuciannya sangat kritikal
Menurut Siti Ayisah, walaupun air secara asasnya adalah halal, proses pensijilan halal tetap mengambil kira keseluruhan sistem penyediaan makanan atau minuman, termasuk peralatan yang digunakan.
“Air memang halal secara asasnya, tetapi dalam pengauditan halal kita akan melihat keseluruhan sistem penyediaan, termasuk alat bantu proses seperti penapis air,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa peralatan tertentu berpotensi menimbulkan risiko halal sekiranya bahan atau komponennya tidak dikenal pasti dengan jelas.
Katanya, setiap peralatan perlu disemak secara teliti sebelum sijil halal diberikan.
“Sebagai contoh, dalam pengauditan halal, Jakim turut meneliti peralatan lain seperti mesin kopi atau berus yang digunakan dalam proses penyediaan bagi memastikan bahan yang digunakan adalah sesuai dan tidak menimbulkan keraguan.
“Langkah ini penting bagi memastikan tiada risiko halal yang mungkin timbul pada masa hadapan sekiranya sesuatu peralatan tidak diteliti satu persatu,” katanya.
Air kotor vs air najis: Status kesucian air untuk ibadah, kesihatan tubuh
Ustaz Jabal pula menekankan perbezaan antara konsep kotor dan najis dari sudut syariah.
Beliau mengingatkan bahawa air adalah elemen utama dalam ibadah (bersuci), maka status kesuciannya sangat kritikal.
“Halal bukan sekadar produk, tetapi soal etika dan kesejahteraan manusia. Hari ini alam kita dicemari mikroplastik dan bahan kimia kekal (PFAS).
“Penapis air bukan sahaja penyelesaian untuk mendapatkan air suci bagi ibadah, tetapi juga memastikan toyyiban kepada tubuh badan yang 60 peratus daripadanya terdiri daripada air.
“Air yang sampai kepada kita adalah air yang diproses. Jadi, dalam proses tersebut terdapat penggunaan peralatan dan bahan tertentu yang berkemungkinan tidak halal.
“Perkara ini mungkin kita rasakan tidak berkaitan, namun sebenarnya ada kaitan, contohnya penggunaan minyak pelincir.
“Ini akan bersentuhan dengan kulit kita. Keabsahan ibadah bergantung kepada apa yang kita pakai sama ada benda itu najis ataupun tidak. Begitu juga dengan air,” katanya.
Kepercayaan jenama F&B tempatan terhadap penapis air Halal Panaxy Filtration
Diskusi tersebut turut dihadiri wakil daripada jenama besar seperti Chagee dan Bumbu Babah.
Bumbu Babah mengesahkan cawangannya menggunakan penapis air yang diiktiraf halal manakala Chagee pula berkata, kesemua 220 cawangannya juga menggunakan sistem penapisan halal sebagai langkah memberi keyakinan (peace of mind) kepada pelanggan.
Walaupun pelanggan jarang bertanya tentang jenis penapis air yang digunakan di kafe, penggunaan teknologi yang diiktiraf halal dilihat sebagai nilai tambah yang besar bagi industri F&B di Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa, termasuk pasaran di Dubai yang kini mula memandang tinggi standard halal Malaysia.
Imej Panaxy Filter

Penapis luar Panaxy PTS PVDF Plus dilengkapi dengan membran yang boleh dikeluarkan dan dicuci, memberikan penapisan yang lebih bersih dan lebih dipercayai

Salah satu sistem penapisan luar ke dalam (outdoor–indoor) yang diperakui halal terbaik untuk kedai minuman dengan penggunaan air yang tinggi

Gambar ini menunjukkan sistem penapisan air Panaxy yang popular dalam kalangan pengusaha F&B di Malaysia dan Southeast Asia

Waktu Solat


28 Mar 2026
Waktu solat berikutnya,
Imsak
pada
05:57 (29 Mar 2026)

















