Back To All

Nov 07, 2024 11AM

Proses pengeluaran sijil halal dipendekkan kepada 30 hari dengan MyEhalal 2.0

Proses pengeluaran sijil halal secara berterusan kini dapat dipendekkan kepada 30 hari berbanding beberapa bulan sebelumnya, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan.

Menurutnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mempercepatkan proses berkenaan, termasuk meningkatkan bilangan juruaudit halal serta membangunkan sistem teknologi baru.

“Statistik menunjukkan peningkatan dalam jumlah permohonan dan kelulusan sijil halal. Antara inisiatif yang dijalankan adalah dengan menambah juruaudit halal untuk mempercepatkan proses ini.

“Selain itu, kami juga sedang membangunkan sistem MYeHALAL 2.0 yang akan memanfaatkan teknologi untuk mempercepatkan kelulusan," katanya ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat semalam.

Proses pengeluaran sijil halal secara berterusan kini dapat dipendekkan kepada 30 hari berbanding beberapa bulan sebelumnya,

Zulkifli menjawab soalan tambahan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) mengenai langkah kerajaan dalam memastikan proses pensijilan halal telus dan tiada kelewatan hingga menyebabkan peniaga atau pemilik premis tidak memohon sijil halal kerana perlu berdepan proses yang panjang.

Mengenai pemantauan sijil halal, Zulkifli berkata aspek itu dijalankan dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan dan data menunjukkan ia berlaku secara berterusan sekali gus memberikan keyakinan kepada pengguna bahawa halal JAKIM melibatkan proses yang menyeluruh.

Menjawab soalan tambahan Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) mengenai penggunaan kutipan fi pensijilan halal untuk membantu peniaga kecil dan sederhana, Zulkifli berkata pihaknya mengadakan banyak program penerangan dan bimbingan, termasuk Halal On Track dan klinik halal untuk memudahkan peniaga mendapatkan sijil halal.

“Kami juga bekerjasama dengan pelbagai industri termasuk Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk membantu peniaga di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) memperoleh sijil halal,” katanya.

Zulkifli berkata kutipan fi pada 2023 mencapai RM12.15 juta dan jumlah yang berjaya dikutip dari 2012 hingga tahun lalu melebihi RM80 juta, sekali gus menunjukkan perkembangan baik.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

06 Dec 2024

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:07

mosque
imsak

Imsak

05:44:00

fajr

Fajr

05:54:00

syuruk

Syuruk

07:05:00

dhuhr

Dhuhr

13:07:00

asr

Asr

16:30:00

maghrib

Maghrib

19:04:00

isha

Isha

20:19:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase