Back To Halal News

Jul 18, 2025 2PM

Gobarakah sasar bantu 200 rumah anak yatim berdaftar dengan sistem e-baucar inovatif

Rumah-rumah anak yatim di Malaysia merupakan pusat perlindungan untuk ribuan anak-anak yang mengharap nasib atas sumbangan orang ramai.

 

Bagaimanapun, tanpa sistem sumbangan yang teratur banyak rumah anak yatim terus berdepan dengan pelbagai cabaran dan kekangan kewangan bagi memenuhi keperluan harian mereka.

 

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gobarakah, Firdaus Mohamed berkata, kebanyakan rumah anak yatim yang kecil dan di luar kota lazimnya tidak mendapat sumbangan tetap disebabkan lokasi yang jauh, tiada penaung dan tidak ramai penyumbang individu atau korporat yang mengenali mereka. 


Kata beliau, hal itu menyebabkan mereka tersisih daripada mendapat sokongan sumbangan.


“Ramai penyumbang tidak berkeyakinan untuk menyalurkan wang tunai. Mereka lebih cenderung memberi dalam bentuk barangan seperti makanan atau pakaian.


CEO Gobarakah, Firdaus berkata, tanpa sistem sumbangan teratur banyak rumah anak yatim terus berdepan pelbagai cabaran dan kekangan kewangan 


“Masalahnya, berlaku pembaziran apabila sumbangan yang diterima tidak relevan dengan keperluan operasi harian, seperti membayar bil elektrik. 


“Bukan setakat itu, sumbangan banyak diterima ketika Ramadan, manakala pada bulan-bulan lain mereka terabai,” jelasnya.


Beliau berkata, Gobarakah merevolusikan kaedah menyumbang dengan menukar dana sumbangan kepada e-baucar, sekali gus membolehkan setiap sumbangan dijejak dengan maklumat terperinci serta memastikan sumbangan digunakan dengan cara terkawal. 


“Kaedah ini secara langsung mengurangkan risiko penyalahgunaan sumbangan. 


“Di Gobarakah juga 100 peratus nilai sumbangan sampai kepada rumah anak yatim,” katanya.


Sesi ziarah Malaysiakini baru-baru ini ke rumah perlindungan Nur Qaseh, salah satu rumah anak yatim yang menerima sumbangan e-baucar Gobarakah


Ketua Platform dan Pembangunan Gobarakah, Audri Zin berkata, melalui platform bantuan sosial pintar itu, penyumbang tidak perlu lagi bimbang akan risiko kebocoran maklumat peribadi.

 

Menurut beliau, antara rungutan lazim yang diterima daripada penyumbang adalah berkaitan pendedahan nombor telefon peribadi selepas melakukan sumbangan terus kepada penerima.


“Dengan Gobarakah, penyumbang dapat membantu rumah-rumah anak yatim tanpa perlu risau tentang maklumat peribadi mereka disalahgunakan.


“Ini kerana data penyumbang individu disembunyikan apabila e-baucar sumbangan dihantar kepada penerima melalui emel atau WhatsApp.


“Penyumbang juga boleh memilih bentuk sumbangan yang ingin diberi contohnya barang runcit, makanan perubatan, pembelajaran, pembayaran bil, sewa dan baik pulih dalam bentuk e-baucar yang akan dihantar dan seterusnya ditebus daripada rakan vendor Gobarakah atau mekanisme khusus platform,” jelas Puan Audri.


Program bantuan prihatin untuk rumah-rumah anak yatim di Malaysia dilancarkan oleh Gobarakah pada 17 Mac 2025 di Hotel Dorsett Kuala Lumpur


Menurut beliau, sebagai platform perantaraan, Gobarakah juga berperanan menyesuaikan bentuk sumbangan e-baucar yang diterima dengan sumbangan yang diperlukan oleh sesebuah rumah anak yatim.


Kata Audri, sekiranya sesebuah rumah kebajikan itu memerlukan pembelajaran al-Quran, Gobarakah akan menyalurkan sumbangan e-baucar pendidikan yang boleh ditebus dengan kelas al-Quran dari rakan vendor.


“Setiap transaksi sumbangan dapat dijejaki secara telus, di mana kita boleh mengetahui siapa penyumbang, siapa penerima dan dalam bentuk apa sumbangan itu disalurkan.


“Setiap penyumbang menerima notifikasi melalui emel setiap kali sumbangan mereka sampai kepada penerima.


“Mereka juga yakin sumbangan tidak disalahgunakan kerana mekanisme penebusan terkawal yang direka khas di sistem fintech Gobarakah memastikan setiap bantuan adalah telus dan digunakan dengan bertanggungjawab,” katanya.


E-baucar sumbangan barang runcit terus ditebus oleh penerima sumbangan di rakan vendor Gobarakah, Lotus's


Menurut beliau, dana yang telah disalurkan melalui platform itu tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya untuk tujuan selain daripada yang ditetapkan oleh penyumbang.


“Sebagai contoh, jika rumah anak yatim itu memilih untuk bantuan e-baucar bagi tujuan utiliti, maka apabila e-baucar tersebut ditebus, pembayaran akan dibuat terus kepada penyedia perkhidmatan elektrik atau air.


“Inilah keunikan Gobarakah, kami menghormati dan memelihara niat asal setiap penyumbang,” katanya.


Platform Gobarakah disokong dan dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Sri Nancy Shukri, pada 8 November 2023 Hotel Dorsett Hartamas, Kuala Lumpur.

 

Beliau memaklumkan bahawa setakat ini, pihaknya telah meluluskan sebanyak 200 permohonan dan daripada jumlah tersebut, 92 rumah anak yatim telah menandatangani surat persetujuan untuk menyertai program prihatin tersebut dan menerima sumbangan melalui e-baucar.


Penghuni Nur Qaseh sedang melakukan aktiviti pembelajaran hasil sumbangan e-baucar pendidikan Gobarakah dari penderma awam


Katanya, Gobarakah memulakan program itu dengan penyertaan daripada 200 rumah kebajikan anak-anak yatim dari seluruh negara.


“Kami ingin memastikan tiada rumah kebajikan tercicir dari menerima sumbangan individu mahupun pihak korporat melalui satu program sumbangan yang menyeluruh, adil dan saksama.


“Pendaftaran masih dibuka kepada rumah anak yatim lain yang berminat untuk menyertai inisiatif ini dengan syarat utama mereka mesti berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Majlis Agama Negeri; Pihak berkuasa tempatan; Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS),” katanya.


Gobarakah juga menjemput orang ramai serta pihak korporat untuk menyokong program itu melalui sumbangan atau tajaan yang akan memberi impak sangat besar terhadap rumah-rumah kebajikan anak yatim di Malaysia.


Semua sumbangan boleh dibuat pada pautan https://donate.gobarakah.com/purchase/program/caliphs-gobarakah-orphanage-prihatin-assistance-malaysia dan bantuan itu boleh dibuat sama ada melalui bayaran dalam talian atau melalui invois.





Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

19 Jul 2025

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:22

mosque
imsak

Imsak

05:49:00

fajr

Fajr

05:59:00

syuruk

Syuruk

07:10:00

dhuhr

Dhuhr

13:22:00

asr

Asr

16:46:00

maghrib

Maghrib

19:31:00

isha

Isha

20:45:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase