Back To Halal News

Mar 27, 2024 10AM

Hong Leong Islamic Bank Lancar ‘BizHalal’, bantu PKS

Selaras dengan penekanan kerajaan untuk mengembangkanekosistem Halal di Malaysia, Hong Leong Islamic Bank (“HLISB” atau “Bank”) telahmemperkenalkan BizHalal, penyelesaian perbankan Islam bersepadu yang membantuperniagaan, terutamanya PKS, menceburi ekonomi Halal. Melalui BizHalal, HLISB akanmenawarkan pembiayaan patuh Syariah kepada perniagaan-perniagaan, yang dilengkapi dengannasihat dan bimbingan daripada pakar-pakar industri Halal bank.


Tawaran inovatif dan holistik itu dilancarkan pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (“MOU”) antara HLISB dan Halal Development Corporation (“HDC”), secararasmi melantik Bank sebagai rakan kongsi HDC dalam mempromosikan dan membangunkanindustri Halal tempatan.

Dafinah Ahmed Hilmi, Ketua Pegawai Eksekutif HLISB berkongsi bahawa industri Halal telah dikenal pasti sebagai antara segmen pertumbuhan utama bagi HLISB sejak 2018, dan Bank itu komited untuk merangsang sektor Halal dengan memperjuangkan pertumbuhan PKS Halal tempatan dan memberi jaminan ke arah pemberian pembiayaan halal melalui HDC.


"Kami melihat potensi yang besar dalam industri Halal, dan kami telah menambah pakar-pakarHalal ke dalam pasukan kami pada tahun 2023 dalam usaha mengukuhkan kepakaran kami. Kami juga menyedari bahawa permintaan pembiayaan semakin meningkat di kalanganpelanggan industri Halal. Membangunkan BizHalal sebagai pakej nasihat dan pembiayaan yang inklusif adalah bukti komitmen kami untuk memupuk pertumbuhan dan kejayaan perniagaan, terutamanya PKS, dalam sektor Halal.


Selaras dengan komitmen kami untuk berpusatkan keperluan pelanggan, BizHalal bukan sahajamenyediakan peluang pembiayaan, tetapi juga menawarkan sokongan khidmat nasihat Halal yang direka khusus berasaskan keperluan pelanggan masing-masing. Kami harap agar program ini menjadi pemangkin dalam memupuk ekosistem Halal berkembang maju dan bolehdimanfaatkan oleh perniagaan dan ekonomi negara”.


Menurut analisis HDC, permintaan dalam segmen Halal global telah mencecah hampir USD 3 trilion pada tahun 2020, yang menandakan kepentingan ekonomi Halal dalam pasaran global. Dengan industri Halal Malaysia diunjurkan berkembang sehingga USD 3 trilion dan jangkaansumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1% menjelang 2025 melaluiPelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030), ia juga menekankan keperluan untukmeningkatkan bekalan dan pelaburan ke dalam ruang Halal domestik.


Khairul Azwan Harun, Pengerusi HDC, mengulas “Daripada 10,000 syarikat yang disahkanHalal di Malaysia, hanya sekitar 2,000 adalah pihak pengeksport, dan PKS hanya menyumbangsekitar 10% daripada jumlah nilai eksport Halal. Terdapat jurang besar sebanyak 80% antarapermintaan dan penawaran dalam pasaran Halal, yang membuktikan keperluan negara untukmenjalin kolaborasi dengan pemain industri utama seperti HLISB dan mewujudkan pemimpinHalal tempatan yang akan menyuntik idea dan menceburi bidang baharu dalam ekosistem Halal.


Kami juga komited untuk meningkatkan ekonomi dengan memanfaatkan penyelesaian digital seperti Halal Integrated Platform (HIP), platform digital komprehensif yang memastikanpemprosesan yang cekap dan lancar untuk memantau dan mengurus keseluruhan perjalananpermohonan Halal, daripada tahap pendaftaran sehingga kelulusan. Dengan ini, kami berharapdapat memacu kemajuan ekosistem Halal bersepadu dan inklusif Malaysia, secara langsungmemperkasakan perusahaan Malaysia untuk menguasai pasaran Halal global yang lebih besar.”


Melalui bimbingan dan nasihat di bawah BizHalal, pelanggan akan mendapat akses kepadapasukan pakar industri Halal khusus Bank yang akan membimbing mereka dalam proses dan keperluan untuk mendapatkan Pensijilan Halal. Sokongan nasihat Halal terdiri daripada tigasegmen utama – iaitu Penilaian Kesediaan, Bantuan Nasihat dan Ekosistem Digital Halal.


BizHalal terbuka kepada pelanggan sedia ada dan baharu yang telah pun disahkan Halal sertamereka yang masih belum mendapat pensijilan Halal dan dianggap "Potensi Halal". Selain itu, pelanggan yang telah menerima apa-apa jua kemudahan pembiayaan perniagaan Bank secaraautomatik akan layak untuk BizHalal.


Untuk maklumat selanjutnya, sila layari: https://www.hlisb.com.my/en/business-i/hlisb-bizhalal.html

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

28 Apr 2024

Waktu solat berikutnya,

Maghrib

pada

19:20

mosque
imsak

Imsak

05:44:00

fajr

Fajr

05:54:00

syuruk

Syuruk

07:03:00

dhuhr

Dhuhr

13:13:00

asr

Asr

16:30:00

maghrib

Maghrib

19:20:00

isha

Isha

20:31:00

mosque

Produced by

fg media

Channel Partner

malaysiakinikiniTV

Media Partner

Hei 2023Malaysia Showcase