Back To Halal News

Jun 21, 2024 10AM

Industri Halal Perlukan Pendekatan Bersepadu

Selaras dengan kemajuan pesat dalam industri Halal, baik di peringkat tempatan mahupun global, pendekatan bersepadu menjadi keperluan bagi perkembangan semata-mata, tetapi juga sebagai penyelesaian yang memenuhi keperluan khusus industri Halal.

 

Oleh yang demikian, Maybank Islamic mengambil pendekatan secara holistik dengan menawarkan penyelesaian komprehensif yang mematuhi prinsip Shariah, melangkaui perkhidmatan kewangan sedia ada melalui program dana pembiayaan, program “Halal Facilitation” dan “Halal Assurance System” bagi memperkasa industri Halal.

 

Menurut Pengarah Program Strategik Maybank Islamic, Dr. Muhd Ramadhan Fitri Ellias, pendekatan holistik yang diambil adalah memberi fokus kepada tawaran unik khas untuk memudahkan akses pembiayaan kepada usahawan Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS).


Dr. Muhd Ramadhan Fitri Ellias

Pengarah Program Strategik Maybank Islamic


Dengan pembiayaan serendah RM3,000

Sebagai peneraju institusi kewangan patuh Syariah dirantau ini, Maybank Islamic telah mengaplikasikan penawarannya dalam memenuhi keperluan golongan PMKS melalui solusi Pembiayaan Digital PKS Maybank yang menawarkan pembiayaan bermula RM3,000 hingga RM500,000 berdasarkan kelayakan setiap pelanggan. 

 

Tambah Dr Muhd Ramadhan Fitri, ini bagi memastikan sokongan kewangan dapat diberi untuk pelbagai keperluan dinamik dalam perniagaan. 

 

Proses permohonan pembiayaan ini boleh dilakukan melalui digital dan khusus untuk pelanggan sedia ada Maybank. Dengan rekod yang lengkap, dari saat permohonan,  proses untuk mengetahui status permohonan hanya mengambil masa 10 minit sahaja.


Bukan Dana Sahaja, Tapi Sokongan Maklumat

Bagi memperkasakan pemain industri Halal, khususnya Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS), ianya memerlukan lebih daripada sekadar dana pembiayaan. Salah satunya ialah perniagaan tersebut perlu diperakui Halal oleh agensi yang terlibat. Untuk kelayakan dan pengesahan sijil Halal, maklumat lebih lanjut diperlukan terutamanya dari agensi penyelaras seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Agama Islam Negeri agar proses permohonan Sijil Pengesahan Halal berjalan dengan lancar. 


Dr Muhd Ramadhan Fitri, ketika di temubual dalam bual bicara HalalTuju, Kinihalal, berkata bahawa sebagai langkah untuk memanfaatkan kepakaran yang ada dan memacu pertumbuhan industri Halal yang mampan di negara ini, Maybank Islamic menawarkan program “Halal Facilitation” sebagai salah satu solusi yang membantu pelanggan Maybank Islamic mendapatkan khidmat bimbingan pensijilan Halal bermula daripada bimbingan penyediaan dokumen, lawatan ke premis sehinggalah mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada JAKIM.

 

Berlandaskan hubungan baik Maybank Islamic dan agensi penyelaras seperti JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri, pelanggan PMKS Maybank dan Maybank Islamic dapat memanfaatkan jalinan kerjasama ini kerana ia dapat membantu pelanggan PMKS memperoleh pensijilan Halal dengan lebih cepat dan mudah.

 

“Program “Halal Facilitation” yang ditawarkan oleh Maybank Islamic ini telah mendapat sambutan sejak tahun lepas”. 

 

Dr Muhd Ramadhan Fitri berkata demikian ketika temubual HalalTuju: Kriteria dan Dasar Halal: Mendalami Peranan Penasihat Halal bagi Lonjakan Industri baru-baru ini.

 

Bual bicara ini turut bersama Dato Dr. Sirajuddin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).



Kurangkan Kesulitan Sistem Dokumentasi

Antara kekangan para usahawan PMKS ialah sering menghadapi kesulitan dalam sistem dokumentasi dan audit semasa proses pembaharuan permohonan pensijilan Halal.

 

Untuk mengatasi masalah ini, Maybank Islamic menawarkan program dokumentasi digital bernama “Halal Assurance System” yang mempermudah proses audit oleh JAKIM.

 

Dengan kerjasama rakan strategik Synxsoft Sdn Bhd, dokumentasi berkaitan dapat disediakan dengan cepat dan mudah. 

 

Maybank Islamic menawarkan solusi tambahan untuk membantu pemain industri Halal, mencakupi bantuan dari segi dokumentasi, audit, dan pensijilan, memastikan proses yang lebih efisien dan cepat.

 

Solusi bersepadu Maybank Islamic merupakan penyelesaian lengkap dari permulaan hingga pengesahan pensijilan Halal, membantu menjadikan perjalanan perniagaan lebih lancar dan tersusun, seterusnya mengembangkan perniagaan mereka ke serata dunia.

 

Daftar syarikat anda untuk mendapatkan mengetahui bagaimana Maybank Islamic boleh membantu anda DISINI. Layari maybank.my/Halal2u untuk maklumat lanjut

 

Tonton HalalTuju Episode disini :  

https://www.facebook.com/kinihalal/videos/1374391856602769


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

23 Jul 2024

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:23

mosque
imsak

Imsak

05:50:00

fajr

Fajr

06:00:00

syuruk

Syuruk

07:11:00

dhuhr

Dhuhr

13:23:00

asr

Asr

16:46:00

maghrib

Maghrib

19:30:00

isha

Isha

20:44:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Malaysia Showcase