Jul 30, 2024 12PM
Kinihalal, Muslim Insiders Meterai Perjanjian Dalam Usaha Kolaborasi Kandungan dan Pengiklanan
Kinihalal mengorak langkah ke depan dalam memperluaskan kandungan yang berkesan untuk industri Halal dan ekonomi Islam dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama platform Muslim Insiders di bawah KNKV Group.
Kinihalal berjabat tangan bersama Muslim Insiders
Menurut Syilda Ismail, Penerbit Kanan Kinihalal, kolaborasi kandungan ini penting dalam menyebarluaskan promosi dan pengiklanan yang boleh membantu audien terutama kepada SME dari entiti kedua pihak.
‘Audien Kinihalal lebih terarah kepada industri halal secara global dan kandungan yang merangkumi SME industri halal dan bisnes dalam paparan menyentuh pasaran dan produk terkini, jadi dengan kolaborasi ini akan menghubungkan audien Kinihalal dan audien Muslim Insiders,' tambah Syilda dalam majls itu.
Tambah Syilda lagi, kandungan halal bukan hanya menyentuh pensijilan dan pembangunan halal sahaja tetapi sangat luas kepada ekonomi islam secara global seperti gaya hidup Muslim ekonomi dan kewangan Islam, pelancongan Muslim, konsumer halal dan banyak lagi.
‘Paling utama agar mesej yang ingin diketengahkan itu tidak dikelirukan dan boleh diterima oleh semua,’ ujar Syilda Ismail.
Syilda Ismail ditemubual mengenai pandangan beliau tentang kolaborasi Kinihalal dan Muslim Insiders
Presiden Dewan Perniagaan Muslim Insiders, Prof (Adj) Hj Adam Richman berkata, harapan dalam usaha kolaborasi ini adalah untuk mempamerkan asas Islam yang sebenar dalam pengiklanan.
'Harapan saya adalah untuk menghasilkan iklan yang tidak gopoh dalam usaha berdakwah dan iklan yang hanya mempamerkan cara Islam yang sebenar, itulah ideanya,' katanya.
Tambah beliau, usaha kolaboratif ini juga perlulah dilaksanakan dalam kaedah yang betul dan jangan tersimpang sedikit pun daripadanya dan mempromosikan Islam sebagai cara hidup dan pengiklanan yang sebenar.
Prof (Adj) Hj Adam Richman semasa sesi temu bual
Kinihalal ditubuhkan pada tahun 2020 dan merupakan satu lagi platform editorial di bawah pengurusan Malaysiakini Group, sebuah syarikat yang mencipta, menghasilkan kandungan, berita, video, dan produksi mengenai ekonomi Islam, gaya hidup Islam, dan industri halal. Istilah Kini dalam Kinihalal diambil daripada (Malaysiakini) dan Halal adalah untuk mempamerkan konten halal di pasaran tempatan dan global.
Muslim Insiders pula merupakan sebuah organisasi dinamik yang berdedikasi dalam memperkasakan ekonomi dan komuniti Muslim, serta memupuk pertumbuhan dan kemakmuran. Muslim Insiders juga menggalakkan usahawan-usahawan Muslim untuk mempersembahkan maklumat dan pandangan mengenai perniagaan yang diamalkan oleh Muslim, serta kisah kejayaan dan panduan berguna daripada profesional dalam bidang tersebut.
Ingin menampilkan siaran akhbar, temu bual eksklusif, atau kandungan berjenama anda di Kinihalal & Malaysiakini? Email kami di [email protected]
Sertai komuniti Halal kami untuk mendapatkan berita dan acara terkini.
Ikuti Kinihalal di: Facebook, LinkedIn, Instagram, dan TikTok.
Waktu Solat
14 Sep 2024
Waktu solat berikutnya,
Imsak
pada
05:47