Back To Halal News

Jan 23, 2024 4PM

Maybank Islamic Lancar Penyelesaian Pembiayaan Portfolio Patuh Syariah

KUALA LUMPUR, 23 Januari 2024: Maybank Islamic Berhad baru-baru ini melancarkan penyelesaian pembiayaan portfolio patuh Syariah, menjadikannya institusi perbankan Islam tempatan pertama di negara ini yang berbuat demikian, sekaligus menambah kepada pelbagai tawaran Maybank Islamic untuk penciptaan dan pengumpulan kekayaan di bawah Pengurusan Kekayaan Patuh Syariah (Islamic Wealth Management atau IWM).


Kumpulan Maybank yang menguruskan kira-kira RM184.7 bilion aset di bawah pengurusan (AUM) yang mana 46% atau RM84.2 bilion disumbangkan daripada portfolio patuh Syariah, akan terus membantu pelanggan di dalam pengurusan kekayaan untuk lebih eksklusif dan komprehensif berdasarkan matlamat kewangan dan profil risiko khusus para pelanggan.


Penasihat kewangan dan pakar pengurus kekayaan Kumpulan Maybank yang berpengalaman akan memainkan peranan mereka untuk memberi nasihat dan bimbingan profesional kepada pelanggan sepanjang perjalanan pelaburan mereka, menawarkan pandangan berharga, analisis pasaran dan cadangan untuk membantu pelanggan membuat keputusan pelaburan termaklum.


Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Dato’ Mohamed Rafique Merican berkata teras penyelesaian pengurusan kekayaan patuh Syariah Maybank Islamic ialah elemen-elemen etika dan penciptaan nilai untuk pelanggan yang cenderung kepada pelaburan alternatif dan yang mampan.

Bagi tujuan ini, beliau berkata Maybank Islamic akan terus membangunkan solusi baharu untuk memenuhi keperluan pelanggan yang mengutamakan tawaran patuh Syariah, tanpa mengira kepercayaan agama mereka.

Berdasarkan permintaan yang semakin kukuh untuk pengurusan kekayaan patuh Syariah, Kumpulan Maybank tahun lepas telah melancarkan Pengurusan Kekayaan Syariah di Indonesia dan hab Pengurusan Kekayaan Islam Global di Singapura.


“Terdapat pertumbuhan yang stabil dalam pengurusan kekayaan patuh Syariah Kumpulan Maybank dengan kadar pertumbuhan tahunan bagi Aset Di Bawah Pengurusan Islam (AUM) pada 12% dari 2021 kepada 22% pada 2022 dan dengan pengenalan penyelesaian baharu ini, kami menyasarkan untuk mengembangkan lagi perniagaan IWM sebanyak 30% menjelang akhir tahun ini,” kata Dato' Rafique.


Pembiayaan portfolio memperkasakan pelanggan untuk mengoptimumkan nilai aset mereka dengan memanfaatkan pelaburan yang ada, memanfaatkan peluang pasaran semasa, dan mengembangkan pelaburan dengan melabur semula garis kredit tambahan untuk memperoleh Sukuk Runcit dan Unit Amanah Patuh Syariah bagi mempelbagaikan lagi portfolio pelaburan mereka.


Pembiayaan portfolio ini tersedia untuk kedua-dua pelanggan Maybank Premier baharu dan sedia ada, dengan talian kredit sehingga RM10 juta dan menawarkan kadar pembiayaan yang kompetitif untuk memastikan syarat yang menggalakkan untuk memanfaatkan potensi pelaburan dengan kos pembiayaan yang menarik. Cagaran yang diterima untuk penyelesaian ini termasuk tunai, simpanan tetap, unit amanah dan sukuk runcit dalam kedua-dua Ringgit Malaysia dan mata wang asing.


Ketua Pegawai Eksekutif, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Kumpulan Maybank Dato' John Chong dalam pada itu berkata bahawa pengenalan Pembiayaan Portfolio Patuh Syariah bertujuan untuk mengembangkan lagi segmen pengurusan kekayaan Maybank dengan memanfaatkan kedua-dua pelanggan sedia ada dan baharu dengan melabur semula aset yang dicagarkan mereka dan pada masa yang sama menyediakan penyelesaian perancangan kekayaan holistic jangka panjang melalui tawaran yang berbeza.


“Ini sejajar dengan aspirasi Maybank untuk menjadi bank terkemuka bagi penyelesaian pengurusan kekayaan di rantau ini dan selaras dengan teras strategik M25+ kami untuk menjadi peneraju global dalam Perbankan Islam dengan mempamerkan penawaran produk hiper-peribadi untuk memperhebatkan tumpuan pelanggan dan menjadi pilihan utama rakan kongsi untuk perjalanan pengumpulan kekayaan pelanggan melalui pembiayaan portfolio,” tambah Dato' John.


Sempena pelancaran itu, Maybank sedang menjalankan kempen promosi sehingga 31 Disember 2024. Dengan pengeluaran minimum RM500,000, 50 pelanggan pertama yang mendaftar untuk kemudahan Pembiayaan Portfolio dalam tempoh promosi ini akan berpeluang untuk memenangi Akaun Emas Islam Maybank Islamic bernilai RM500.


Untuk maklumat lanjut, sila ke: https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/loans/investment/portfolio-financing.page

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

14 May 2024

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:40

mosque
imsak

Imsak

05:40:00

fajr

Fajr

05:50:00

syuruk

Syuruk

07:01:00

dhuhr

Dhuhr

13:12:00

asr

Asr

16:34:00

maghrib

Maghrib

19:20:00

isha

Isha

20:33:00

mosque

Produced by

fg media

Channel Partner

malaysiakinikiniTV

Media Partner

Hei 2023Malaysia Showcase