Back To Halal News

May 17, 2024 10AM

Pelantikan Pengerusi Baharu Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)

Kuala Lumpur, 15 Mei 2024: Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) memaklumkan bahawa YBhg. Dato’ Sri Amrin Awaluddin telah dilantik sebagai Pengerusi PPZ-MAIWP berkuatkuasa 23 April 2024 hingga 14 Februari 2026.


YBhg. Dato’ Sri Amrin Awaluddin berumur 58 tahun merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Acadia, Kanada dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dengan kepujian dari University of Hull, England. Beliau juga merupakan ahli Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah (CIMA), UK dan Akauntan Bertauliah Institut Akauntan Malaysia (MIA). 


Beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun di sektor korporat dan memulakan kariernya di institusi perbankan sebelum memegang beberapa jawatan penting di beberapa syarikat seperti Renong Berhad, Malaysian Resources Corporation Berhad dan Putera Capital Berhad.


Dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki, beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di beberapa buah syarikat lain antaranya Kumpulan Syarikat Media Prima Berhad, Sime Darby Properties Berhad, Boustead Holdings Berhad, Kumpulan Syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Lembaga Tabung Haji dan Tradewinds Group (M) Sdn Bhd.


Ahli Lembaga Pengarah, barisan Pengurusan dan warga kerja PPZ-MAIWP mengucapkan tahniah di atas pelantikan beliau dan yakin dengan pengetahuan dan pengalaman luas yang dimiliki oleh YBhg. Dato’ Sri Amrin Awaluddin mampu membawa PPZ-MAIWP ke arah yang lebih cemerlang.


PPZ-MAIWP ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman yang telah menamatkan perkhidmatannya pada 9 Februari 2024 di atas sumbangan dan khidmat beliau.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

27 Jul 2024

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:50 (28 Jul 2024)

mosque
imsak

Imsak

05:50:00

fajr

Fajr

06:00:00

syuruk

Syuruk

07:11:00

dhuhr

Dhuhr

13:23:00

asr

Asr

16:45:00

maghrib

Maghrib

19:30:00

isha

Isha

20:43:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Malaysia Showcase