Back To Halal News

Dec 26, 2023 4PM

Jualan ubat gigi Zaitun naik gara-gara TikTok LIVE Atikah Suhaime

Pelakon dari Singapura yang kini menetap di Malaysia, Atikah Suhaime tidak menyangka niat hanya untuk cuba-cuba dalam dunia LIVE aplikasi TikTok telah membantu menaikkan hasil jualan ubat gigi Zaitun.


Bermula di bulan Oktober 2023, Atikah pada mulanya sekadar ingin mencuba alam dunia TikTok LIVE untuk berehat seketika dalam dunia lakonan.


Katanya, sebelum ini dia selalu mengadakan LIVE itu di akaun peribadinya di TikTok.

Beliau terfikir untuk eksperimen mengadakan LIVE di akaun Zaitun bagi mendapatkan maklum balas dan respon pengguna TikTok.


Pada hari pertama cubaan membuat LIVE TikTok itu, Atikah memberitahu, hanya 5 orang sahaja yang menontonnya.


Bagaimanapun, lama-kelamaan penonton TikTok di LIVE akaun Zaitun, meningkat  dalam purata 100 hingga 200 audien pada setiap hari , dan pernah mencecah sehingga 2000 tontonan (views) setiap LIVE.


“Saya suka buat LIVE selepas solat subuh dalam jam 7 pagi. Tak sangka ada yang sudi menonton dan ada juga yang setia menonton LIVE-nya sehingga akhir”, tambah Atikah yang mengadakan LIVE TikTok setiap hari.


JADI DUTA ZAITUN BEAUTY

Kesungguhannya  menyerlah dalam TikTok LIVE ini dan menarik perhatian Pengasas Zaitun Industries Dato’ Seri Mohd Kamal Eusuff Teh yang mahukan Atikah menjadi Duta kepada Zaitun Beauty.

Menurut Atikah, perkara itu tidak menjadi penghalang buatnya kerana dia benar-benar teruja untuk membantu meningkatkan penjenamaan semula Zaitun dan juga memberikan kesedaran tentang produk Zaitun kepada rakyat Malaysia.


Dia juga menambah, dia  suka berinteraksi dengan audien kerana telah membantu syarikat yang terkenal dengan tagline Gunakan tanpa was-was, menjawab persoalan-persoalan tentang perniagaan Zaitun terutama menyentuh syarikat ini yang menyepi dalam pasaran tempatan lebih 20 tahun.


DIGELAR MISS ZAITUN

Atikah dalam wawancara eksklusif bersama Kinihalal, memberitahu, ada juga peminatnya yang menggelarkan dirinya Miss Zaitun bila mereka terserempaknya.


Menyentuh perancangan di masa depan perniagaan Zaitun, Atikah turut memberikan idea-idea produk baru dan juga strategi meningkatkan penjualan.


Atikah berharap dengan kehadiran dan sumbangan yang diberikan juga dapat memberikan satu peluang kerjaya buatnya selain dari seni lakonan.

Atikah akan melangsungkan pernikahan dengan tunangnya yang juga ahli perniagaan, anak kepada Dato’ Seri Mohd Kamal Eusuff Teh,  Datuk Lokman Teh pada 21 Januari tahun depan di Kuala Lumpur.

Ketika ini akaun TikTok Zaitun Beauty mempunyai 110,900 followers (pengikut), dan anda bolehlah mengikuti akaun ini untuk ikut serta LIVE TikTok bersama Atikah Suhaime.

https://www.tiktok.com/@zaitun.official?_t=8iMJvEEoTwt&_r=1

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

10 May 2024

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:41 (11 May 2024)

mosque
imsak

Imsak

05:41:00

fajr

Fajr

05:51:00

syuruk

Syuruk

07:01:00

dhuhr

Dhuhr

13:12:00

asr

Asr

16:33:00

maghrib

Maghrib

19:20:00

isha

Isha

20:32:00

mosque

Produced by

fg media

Channel Partner

malaysiakinikiniTV

Media Partner

Hei 2023Malaysia Showcase