Back To Review By Kinihalal

Nov 02, 2023 12PM

‘Beef Wellington’ Halal Pertama di Malaysia

Rata-rata bila kita dengar restoran ‘fine casual’ pasti akan ada pertanyaan status halal menu, makanan dan premis restoran itu. Di Malaysia, Kay's Steak & Lobster bernekad untuk mendapatkan pensijilan halal untuk premis dan restorannya agar ia memberikan nilai tambah dan menikmati hidangan tanpa rasa was-was, buat pelanggan restoran terutama yang mementingkan kehalalan makanan.

Suasana instagrammable “ Kay's Steak & Lobster’

Kay's Steak & Lobster menawarkan pilihan hidangan yang lazat termasuk Udang Kara Hidup, Wagyu Tomahawk dari Australia dan daging Wagyu Kagoshima A5 yang telah mendapat pengiktirafan dari Jepun. Dengan terbukanya tiga cawangan yang terletak di Lembah Klang, Kay’s Steak & Lobster bersedia memberikan suasana santapan kasual tapi mewah dan menyediakan kulinari premium untuk tetamu restorannya.

Krew Kinihalal meninjau dan melihat sendiri cara-cara makanan yang dimasak di ruang dapur restoran. Premis dan dapur Kay’s Steak & Lobster telah mematuhi syarat-syarat premis makanan yang dikenakan pihak JAKIM.

Rata-rata pekerja di restoran ini adalah orang Islam.
Krew Kinihalal memastikan mendapatkan ‘angle’ yang baik.

Restoran ini memastikan bahan mentah yang bersumberkan haiwan dan/atau berasaskan hasilan haiwan hendaklah dipersijilkan halal yang sah daripada pihak berkuasa berwibawa atau badan pensijilan halal yang diiktiraf.

Antara menu “signature” restoran mewah ini ialah ‘Beef Wellington’. Menu yang dipopularkan oleh Selebriti Chef dari United Kingdom yang terkenal, merupakan hidangan stik (daging lembu) yang dibalut dengan pastri lapis, kemudian dibakar dalam ketuhar.

Halal Beef Wellington yang pertama di Malaysia

Ikuti temubual bersama CEO Kay’s Steak & Lobster Aizuddin Khalid

Tetapi ia bukan hanya tentang makanan – suasana yang mengundang dan hospitaliti penuh perhatian mewujudkan suasana sempurna untuk meraikan detik-detik istimewa atau sekadar menikmati kebersamaan dengan keluarga, rakan taulan dan rakan niaga.

Layanan 5 bintang dari krew Kay's Steak & Lobster

Halal, layanan premium dan lazat, apalagi yang anda tunggu!

Kongsikan artikel ini ke social media atau whatsapp keluarga anda sebagai destinasi restoran temujanji selepas ini untuk menikmati hidangan kulinari yang meninggalkan kenangan yang berkekalan.

Buat tempahan meja di www.kaysteaklobster.com

#kinihalal #beefwellington #halal #review #restoranhalal #jakim #MalaysiaHalal #daginghalal #halalnews #syildaismail

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

28 Apr 2024

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:44 (29 Apr 2024)

mosque
imsak

Imsak

05:44:00

fajr

Fajr

05:54:00

syuruk

Syuruk

07:03:00

dhuhr

Dhuhr

13:13:00

asr

Asr

16:30:00

maghrib

Maghrib

19:20:00

isha

Isha

20:31:00

mosque

Produced by

fg media

Channel Partner

malaysiakinikiniTV

Media Partner

Hei 2023Malaysia Showcase