Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) akan menganjurkan Hari Peradaban Bangsa Melayu buat julung kalinya pada 30 Julai 2022 bersamaan 1 Muharram 1444H pada sabtu ini di Padang Akademi KLFA, taman Melati, Kuala Lumpur.
Aminuddin Yahaya, Pengerusi PEMBELA berkata gelombang kesedaran bangsa Melayu sedang berlaku cetusan dari filem epik Mat Kilau, detik ini harus digarap dengan baik agar dapat diterjemahkan menjadi sebuah Peradabaan iaitu bangsa yang ada Jati Diri dan membina kemajuan.
Melihat pada sambutan terhadap festival Bon Odori yang berlangsung di Shah Alam baru-baru ini, beliau yakin tiada alasan bagi orang Melayu bahkan orang awam untuk menyambut akan hasrat murni ini. Apalah untuk memeriahkan hari peradaban bangsa Melayu sendiri. Program yang bertujuan untuk meraikan peradaban bangsa, menampilkan sejarah Alam Melayu, mempersembahkan adat budaya serta tradisi Melayu yang merupakan khazanah bernilai buat bangsa teras di tanah air tercinta ini.
Akan bersama adalah para agamawan, ilmuan, karyawan, budayawan, warga persilatan, usahawan dan ramai lagi bagi meneriahkan temasya yang julung kali diadakan.
Tambahnya, usaha dan iltizam untuk memohon supaya 1 Muharram pada setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Peradaban Bangsa Melayu sedang dijalankan oleh pihaknya. Kerjasama dijalankan dengan pelbagai NGO-NGO Melayu Islam yang mendokong usaha ini akan menjayakan hari peradaban ini dengan penuh 'warna'.
Antara yang terlibat adalah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Ekskavasi dan Akreditasi Warisan Malaysia (PEDAWAM), Muwasolah Agamawan & Aktivis Memperkasa Institusi Raja-Raja (MAMPIR), Persatuan Dunia Seni Silat Melayu dan ramai lagi.
Sempena program tersebut, terdapat pelbagai pameran menarik, gerai jualan, persembahan serta pertunjukan yang berunsurkan budaya Melayu dan Islam. Hari peradaban ini juga memberi peluang kepada para pengunjung untuk berbusana tradisional Melayu dengan penuh kreatif.
PEMBELA juga turut menjemput barisan pelakon filem Mat Kilau yang kini menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat Malaysia sehingga menarik minat ramai anak muda dalam mempelajari seni dan budaya silat.
Sehubungan itu, PEMBELA menggesa semua rakyat untuk hadir dan memeriahkan lagi Hari Peradaban Melayu pasa sabtu ini.
"Ayuh duhai saudaraku Bangsa Melayu, di mana pun anda berada, di majlis apapun pada 1 Muharram Sabtu ini, sama2 kita berbusana atau berpakaian tradisi Melayu, sekurangnya bersongkok, bertanjak atau bertengkolok bagi lelaki dan berkerudung atau berselendang bagi wanita sebagai tanda kita bersama merayakan Hari Peradaban Bangsa Melayu.”
Kandungan disediakan oleh PEMBELA.
Sebarang pertanyaan kerjasama untuk artikel/video/bual bicara, sila hubungi [email protected] atau WhatsApp di talian +60162716516 (Aisha) atau +60176190307 (Syahirah).