JAKIM lancar kempen "Henti Fitnah Media Sosial"
JAKIM lancar kempen "Henti Fitnah Media Sosial"
Published: Sep 21, 2022 7:49 AM
Updated: 7:49 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad menyelar perbuatan fitnah di media sosial yang disifatkan semakin tidak bermoral dan mengundang bahaya kepada masyarakat.

Sehubungan itu katanya, kementeriannya bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melancarkan 'Kempen Hentikan Fitnah di Media Sosial'.

"Inisiatif ini sangat wajar diwujudkan kerana kita mahu pastikan masyarakat mendapat sebaran maklumat atau berita yang sahih dan betul.

"Aktiviti yang tidak bermoral di media sosial seperti laporan-laporan berita yang tidak sahih dan kekadang dikitar semula bertujuan bagi memarakkan api kebencian dan kemarahan di kalangan masyarakat," katanya dalam hantaran di Facebook, malam tadi.

Idris turut menyuarakan kebimbangan bahawa gejala fitnah merebak kepada generasi akan datang menerusi media sosial.

"Kita risau barah ini akan merebak kepada generasi muda dan takut akan dibawa oleh anak-anak kita dek kerana melihat contoh yang tidak baik daripada orang-orang dewasa.

"Oleh itu, kita perlu menjadi pemutus kepada mata rantaian fitnah ini agar generasi yang akan datang dapat diselamatkan.

“Kesan buruk kepada mereka yang difitnah ini juga akan merosakkan reputasi individu tersebut dan menyebabkan mereka tertekan seterusnya mengundang kepada perkara yang tidak diingini berlaku," jelasnya.

Tambah ahli Dewan Negara itu, usaha murni itu juga memerlukan kerjasama dalam kalangan pemain-pemain media.

"Jika tiada kerjasama dikalangan pemain-pemain media, ia tidak akan membawa sebarang kesan.

"Marilah kita berganding bahu membanteras jenayah fitnah di media sosial semoga ia dapat dihentikan dan dihapuskan," kata Idris.

Kandungan ini disediakan oleh MalaysiaKini.


Sebarang pertanyaan kerjasama untuk artikel/video/bual bicara, sila hubungi [email protected] atau WhatsApp di talian +60162716516 (Aisha) atau +60176190307 (Syahirah).

Kongsi Article Ini
Produced by
Channel Partner
Social Media
2022 © All Right Reserved