PU Amin beri penjelasan hukum niaga cedok di Tiktok
PU Amin beri penjelasan hukum niaga cedok di Tiktok
Published: Jul 20, 2022 3:55 AM
Updated: 4:25 AM

Aplikasi TikTok yang digunakan untuk tujuan hiburan kini menjadi sebuah platform yang membantu penggunanya dalam perniagaan. Fitur terbaru dari aplikasi tersebut iaitu TikTokShop yang memudahkan urusan jual beli melalui aplikasi tersebut sedang hangat digunakan. 

Terbaru, terdapat trend di TikTok penjual membuat siaran langsung dan menjual produk menggunakan kaedah cedok. Pencetus Ummah Amin menjelaskan hukum daripada amalan ini.

Berikut adalah penjelasan PU Amin mengenai konsep jualan tersebut menerusi Tiktok videonya. Klik untuk tonton.

Menerusi perkongsian melalui Tiktok Pencetus Ummah Amin tersebut, beliau menjelaskan bahawa konsep perniagaan cedok itu sangat dekat dengan amalan Mulamasah yang amat dilarang oleh Rasulullah SAW dan pernah diamalkan pada zaman jahiliyyah yang mempunyai unsur Gharar Fahsi yang melibatkan ketidakjelasan, kerugian dan penganiayaan yang mendorong kepada kerugian. Ia boleh disamakan seperti perjudian kerana setiap pembelian berpotensi untuk mewujudkan kerugian. Sambungnya lagi, perniagaan mestilah dilakukan dalam keadaan yang halal dan diberkati Allah SWT walaupun melibatkan jumlah yang sedikit.

Untuk makluman, konsep perniagaan cedok adalah urusan jual beli yang menggunakan bekas atau bakul untuk mencedok barangan yang dijual tanpa mengira jumlah atau nilai barangan tersebut. Harga satu cedok ditetapkan oleh peniaga dan kebanyakannya berharga serendah RM5 sahaja. Konsep ini dipertikaikan oleh ramai pihak kerana pembeli berpotensi mengalami kerugian sekiranya barangan yang dicedok bernilai kurang dari jumlah yang dibayar atau kurang dari pembeli lain yang akan mendorong kepada ketidakadilan. Cara perniagaan ini menerima sambutan yang hangat sehingga mendatangkan keuntungan yang banyak pada peniaga yang melakukannya melalui Tiktok Live. Penjualan konsep ini melibatkan barangan seperti makanan ringan, kosmetik dan produk lain.

Hantaran video pendek PU Amin melalui akaun Tiktoknya amat jelas tentang hukum konsep perniagaan cedok yang sedang berlaku di Tiktok sekarang. Tidak ketinggalan juga, warganet meninggalkan pendapat mereka mengenai perkongsian rakaman tersebut melalui ruangan komen. 

Ada yang berterima kasih kepada PU Amin atas penjelasan yang mampu menyedarkan ramai orang dalam hukum jual beli yang berkonsepkan cedok ini. 

Ada juga yang memberi cadangan untuk memperbetulkan konsep perniagaan cedok ini dengan menggunakan penimbang bagi mengelakkan unsur ketidakjelasan. 

Walaubagaimanapun, setiap urusan jual beli yang berlaku dalam kalangan orang Islam wajib mematuhi syariat Islam supaya setiap keuntungan yang dimiliki diperolehi secara halal tanpa kehadiran unsur kerugian dan penganiayaan. 

Sumber: Tiktok @PUAmin , HCL


Jika berminat untuk sebarang produk atau perkhidmatan yang halal dan patuh syariah diterbitkan di Kinihalal, sila hubungi Bahagian Strategi Media kami; Aisha [[email protected]/+60162716516] or Syahirah [[email protected]/+60176190307]

Kongsi Article Ini
Produced by
Channel Partner
Social Media
2022 © All Right Reserved