Colla Cattle Farm yang merupakan pengedar daging segar dan milikan seratus peratus Islam dan bumiputera menutup tirainya dalam akiviti ibadah korban bagi tahun 2022.
Pada 9 Julai 2022, Colla Cattle Farm bekerjasama dengan QSR brands dalam menjalankan ibadah sedekah daging korban kepada golongan B40, Asnaf dan fakir miskin. Sedekah berlangsung sehari sebelum hari raya Aidiladha dan ini memberi peluang kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk menyambut hari raya dengan juadah daging korban.
Selain itu, Colla Cattle Farm, Kuala Selangor juga menerima kunjungan Kenanga Investors dan 1EBC untuk menjalankan program Qurban Perdana 2022. Program pada 13 Julai itu bukan sahaja melibatkan aktiviti korban, malah kunjungan ke ladang. Ia bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni ibadah korban kepada anak-anak muda yang menyertainya.
Aktiviti korban di Colla Cattle Farm berlaku dengan pantas, selamat dan bersih. Alatan dan mesin yang digunakan sentiasa dibersihkan dan dipastikan dalam keadaan bersedia. Proses yang teratur dan mengikut piawaian ini membolehkan Colla Cattle Farm memberikan perkhidmatan penyembelihan yang berkualiti. Lembu dan kambing dari ladang mereka juga terdiri daripada pelbagai jenis baka dan sangat berkualiti serta dijaga dengan baik.
Menerusi laman Instagram Colla Cattle Farm, aktiviti korban untuk pelanggan mereka berlangsung selama empat hari pada minggu kedua Julai 2022 di Colla Cattle Farm cawangan Kuala Selangor. Dalam hantaran itu juga, Colla Cattle Farm mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Mereka berharap agar korban yang dilakukan pada tahun ini diberkati oleh Allah SWT.
Sumber berita dan gambar: Instagram @collacattlefarm
Jika berminat untuk sebarang produk atau perkhidmatan yang halal dan patuh syariah diterbitkan di Kinihalal, sila hubungi Bahagian Strategi Media kami; Aisha [[email protected]/+60162716516] or Syahirah [[email protected]/+60176190307]