Pengiktirafan Penginapan Pelancongan Mesra-Muslim (MFAR) adalah sistem penarafan hotel oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Islamic Tourism Centre (ITC). Penarafan ini merupakan penarafan berkaitan pelancongan Islam dikeluarkan oleh agensi kerajaan untuk tempat penginapan yang terdapat di Malaysia.
MFAR mempunyai tiga kategori iaitu kategori Perak, Emas dan Platinum. Pengiktirafan ini bertujuan untuk memastikan tetamu Muslim bukan sahaja tempatan malah luar negara, mendapat ketenangan fikiran sambil menikmati pengalaman tinggal di Malaysia.
Antara contoh ciri yang melayakkan hotel atau penginapan mendapat pengiktirafan MFAR adalah mempunyai kemudahan solat dan air untuk berwuduk, penyediaan al-Quran, tanda arah Kiblat dan penyediaan sejadah, makanan Halal serta kemudahan mesra keluarga.
Usaha ini telah meningkatkan ketibaan pelancong Muslim dari luar negara sehingga mencecah 460,000 pelancong yang mengunjungi negara melalui laporan pada April 2022.
Berikut merupakan hotel yang mendapat Pengiktirafan Penginapan Pelancongan Mesra-Muslim (MFAR) kategori Platinum:-
RAIA Hotel & Convention Centre Terengganu
Jalan Lapangan Terbang, Kampung Telaga Batin, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Phone : +60 3 8744 3000
Email : [email protected]
Website : www.raiahotels.com.my
State : Terengganu
Taraf / Star Ranking : 4 Bintang
The Light Hotel Penang
Lebuh Tenggiri 2, Bandar Sebarang Jaya, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang
Phone : +60 4 382 1111
Email : [email protected]
Website : www.thelighthotelpg.com
State : Pulau Pinang
Taraf / Star Ranking : 5 Bintang
Perdana Kuala Lumpur City Centre
10, Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur
Phone : +60 3 7490 3333
Email : [email protected]
Website : www.perdana.attanahotels.com
State : Kuala Lumpur
Taraf / Star Ranking : 4 Bintang
Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA
Komples TH Sepang, Jalan Masjid KLIA, 64000 Sepang, Selangor
Phone : +60 3 8661 8661
Email : [email protected]
Website : www.movenpick.com/klia
State : Selangor
Taraf / Star Ranking : 5 Bintang
Perdana Kota Bharu
Jalan Mahmood, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Phone : +60 9 745 8888
Email : [email protected]
Website: www.hotelperdanakotabharu.com
State: Kelantan
Taraf / Star Ranking : 5 Bintang
Adya Hotel Langkawi
Persiaran Mutiara 2, Mukim Kuah, 07000 Langkawi Kedah
Phone : +60 4 960 8000
Email : [email protected]
Website : www.adyahotel.com
State : Kedah
Taraf / Star Ranking : 4 Bintang
Mardhiyyah Hotel & Suites
Persiaran Perbandaran Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Phone : +60 3 5511 8811
Email : [email protected]
Website : www.mardhiyyahhotel.com
State : Selangor
Taraf / Star Ranking : 5 Bintang
Sumber: ITC
Sebarang pertanyaan kerjasama untuk artikel/video/bual bicara, sila hubungi [email protected] atau WhatsApp di talian +60162716516 (Aisha) atau +60176190307 (Syahirah).