Festival jualan raya 66 jam tanpa henti
Festival jualan raya 66 jam tanpa henti
Published: Jan 18, 2023 9:10 AM
Updated: 9:12 AM

KUALA LUMPUR – My Events International dan Absolut Event & Management bakal menganjurkan ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2023 (ABXGR23) buat kali kedua dari 14 – 17 April 2023. Dengan kerjasama Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) sebagai lokasi rasmi, festival jualan raya besar-besaran ini akan diadakan selama 66 jam tanpa henti sempena menyambut kedatangan bulan Syawal.

ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA merupakan festival yang amat dinantikan oleh semua pihak terutamanya para pempamer dan pengunjung. Seramai 1.2 juta pengunjung telah hadir memeriahkan festival ini pada tahun lepas. Tahun ini, seramai lebih 2 juta pengunjung bakal membanjiri ABXGR23 di MITEC. ABXGR23 bukan sahaja diadakan di indoor tetapi juga outdoor dengan Mini Absolut Food Festival yang menyediakan pelbagai makanan lazat untuk pembelian para pengunjung untuk hidangan berbuka puasa dan sahur.

Lebih daripada 500 pempamer akan menyertai dan menawarkan pelbagai promosi dan pilihan menarik bagi pembelian untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. ABXGR23 merupakan pusat sehenti di mana pelbagai interaksi pelanggan dan pempamer dapat dilaksanakan. Festival ini merupakan inisiatif dengan tujuan untuk memberi inspirasi dan sokongan untuk usahawan tempatan dan pemilik perniagaan kecil.

Festival raya tahun ini akan lebih mendalami agama Islam dan menghormati Ramadhan dengan menjemput Ustaz-ustaz tersohor untuk menyampaikan khutbah yang bermakna sebelum berbuka puasa, menghiasi kawasan dewan dengan kata-kata Nabi, menikmati persembahan Nashid sebelum solat terawih Maghrib yang dipimpin oleh seorang Imam, serta bacaan Al-Quran oleh pelajar-pelajar tahfiz. Festival ABXGR23 juga bakal menganjurkan memasak bubur lambuk beramai-ramai dan pengagihan sebagai inisiatif amal, menjadikan festival ini sebagai festival yang amat berharga untuk bulan Ramadhan.

Secara rasminya, Coca-Cola Far East Ltd. akan menyertai ABXGR23 sebagai Rakan Minuman Eksklusif – Blue Diamond So Chantique sebagai Rakan Emas, KKMY Group Sdn Bhd sebagai Rakan Gangsa dan disokong oleh Malaysia Furniture Council. Penyertaan rakan kongsi ini akan membawa festival ini ke peringkat lebih tinggi dan diharapkan penyertaan ini membuahkan hasil bagi kedua-dua belah pihak.

Pelbagai aktviti dan tarikan yang bakal diadakan bagi menarik perhatian pengunjung di antaranya adalah persembahan selebriti, penampilan artis dan pemberi pengaruh terkenal, cabutan bertuah, Happy Hour serta zon rehat keluarga dan kanak-kanak.

Keterlibatan artis terkemuka Malaysia bakal hadir dan memeriahkan festival ini. Antara selebriti yang bakal membuka gerai jualan dan beramah mesra bersama peminat di reruai mereka adalah Aedy Ashraf, Amelia Handerson, Diana Danielle, Rozita Che Wan, Nelydia & Uqasha Senrose, Mira Filzah, Scha Alyahya & Awal Ashaari, Hairul Azrin & Hanis Zalikha, Amyra Rosli, Meerqeen, Anna Jobling, Fauziah Gous dan Shahz Jaszledan serta ramai lagi.

TENTANG PENGANJUR

My Events International

My Events International merupakan syarikat pengurusan acara yang menyediakan pelbagai cara penyelesaian dan pencipta kandungan global dengan pengalaman selama 16 tahun melayani pelanggan utama di Malaysia termasuk 10 buah negara lain di Arab Saudi, Filipina, Nigeria, Pakistan, China, United Kingdom, India, Rwanda dan United Arab Emirates. My Events International berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan; berdiri teguh dengan tujuan untuk menyampaikan kecemerlangan, membina insan serta melangkaui batasan.

Absolut Event & Management

Absolut Event & Management merupakan jenama baru yang dicipta dengan pengluasan Absolut Chocolat. Absolut Chocolat telah menanam akarnya di tengah-tengah Lembah Klang dengan menempatkan produk mereka di lebih daripada 100 buah stesen minyak seperti Petronas, Shell dan Petron dalam usaha mendekati masyarakat. Absolut Event & Management sebelum ini menjadi tuan rumah pesta makanan terbesar iaitu Absolut Food Fest (Shah Alam). Walaupun ini kali kedua mereka sebagai penganjur, skala dan jumlah keluaran adalah satu kejayaan yang mutlak.

Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC)

Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) terletak di Metropolis KL, sebuah pembangunan bersepadu dalam daerah Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Kuala Lumpur. Diposisikan sebagai pemangkin ekonomi dan Gerbang ke Asia Tenggara, MITEC ialah destinasi MICE (Mesyuarat, Insentif, Persidangan, dan Pameran) terbesar di rantau AsiaTenggara dan pusat perdagangan dan pameran terbesar di Malaysia. MITEC menawarkan lebih 52,000-meter persegi ruang pameran dan dewan pameran dengan kemungkinan yang tidak terhingga. Sebagai ruang pameran terkemuka di Malaysia, pusat itu menarik 100,000 pengunjung dan persidangan atau konvensyen antara 200 hingga 20,000 perwakilan.

Kongsi Article Ini
Produced by
Channel Partner
Social Media
2022 © All Right Reserved