Neukraf Bangkit Demi Pembangunan Seni Ukir Malaysia
Neukraf Bangkit Demi Pembangunan Seni Ukir Malaysia
Published: Sep 20, 2022 3:28 AM
Updated: 3:36 AM

Peralihan fasa endemik menjadikan Neukraft lebih yakin untuk berkembang dan memberi saingan kepada pasaran domestik dan juga antarabangsa. Neukraft yang kini merancang untuk mengembangkan lagi perniagaannya dengan penambahan pekerja serta mesin baharu bermatlamat untuk mencapai permintaan pasaran lokal dan membawa produk mereka pasaran luar negara.

Neukfrat di MITEC sempena Malaysia International Halal Showcase 2022

Pelbagai produk dan reka bentuk baru bakal dikeluarkan untuk memastikan Neukraft merupakan sebuah jenama terbaik dalam dunia hiasan rumah, seni ukir serta kraf di Malaysia. Pencapaian Neukraft kini semestinya dengan bantuan dari agensi-agensi serta badan-badan kerajaan mahupun swasta seperti, Kraftangan Malaysia, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komiditi (KPPK), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Malaysia International Halal Showcase (MIHAS), media dan lain-lain.

Neukraft Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan seni ukir menggunakan laser untuk produk-produk hiasan rumah, kraf dan juga produk-produk lain yang beroperasi di Setia Alam, Shah Alam Selangor. Bermula pada tahun 2018, kini Neukraft mula mendapat tempat dipasaran Malaysia serta mula mendapat perhatian dan permintaan. 

Pada tahun 2019, Neukraft mula berkembang dengan penambahan pekerja dan juga mesin untuk memenuhi permintaan dan peluang-peluang yang ada. Setiap pekerja yang terdiri daripada anak-anak muda yang proaktif dan mempunyai kepakaran masing-masing sama ada dalam bidang seni kreatif, operasi, pemasaran dan terutamanya pengurusan untuk memastikan Neukraft Sdn Bhd berdaya saing dan juga mampu mempelopori pasaran luar negara pada masa akan datang. 

Disangkakan panas hingga ke petang , rupanya hujan ditengah hari, pada 2020, dunia dilanda pandemik Covid-19, dan Malaysia tidak terkecuali dari menerima impak Covid-19 ini sehingga menjejaskan serta melumpuhkan pelbagai sektor. 

“Pandemik ini hampir sahaja meragut hayat perniagaan ini. Namun semangat gentar dan tidak mudah berputus asa kami, membuatkan Neukraft Sdn Bhd mampu bertahan sehingga ke hari ini. Terima kasih kepada para pelanggan yang menyokong produk tempatan dan ini menjadi salah satu faktor Neukraft mampu bertahan dan dapat bersaing dengan produk-produk dari luar negara” ujar Encik Aiman Zaini, Pengarah Urusan Neukraft Sdn Bhd.

Encik Aiman Zaini, Pengarah Urusan Neukraft Sdn Bhd

“Neukraft juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan sangat menghargai Kraftangan Malaysia di atas bantuan yang diberikan ketika menghadapi cabaran-cabaran terutamanya dari segi kewangan sewaktu era pandemik.” ujarnya lagi. 

Untuk maklumat lanjut tentang Neukraft, lawati Facebook, Instagram dan Tiktok Neukfrat serta Shopee untuk sebarang pembelian secara atas talian. 

Kandungan ini disediakan oleh Neukraft.


Sebarang pertanyaan kerjasama untuk artikel/video/bual bicara, sila hubungi [email protected] atau WhatsApp di talian +60162716516 (Aisha) atau +60176190307 (Syahirah).

Kongsi Article Ini
Produced by
Channel Partner
Social Media
2022 © All Right Reserved