Syarikat Halal Development Corporation Berhad (HDC) telah menandatangani perjanjian persefahaman bersama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bagi membangunkan Program Pembiayaan Dana Halal (GO Halal Fund) pada pagi tadi.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berpendapat bahawa inisiatif yang juga disebut sebagai Dana Go Halal ini akan dapat meringankan beban pengusaha kecil dan sederhana (PKS) secara teratur dan lebih strategik serta berharap lebih banyak institusi kewangan Islam dapat menganjurkan inisiatif seumpama ini.
Pada tahun 2020, jumlah eksport halal negara mencecah RM31 Billion melangkaui sasaran Rm19 Billion yang telah ditetapkan dalam Pelan Induk Industri Halal yang pertama serta mencatat lebih 1,000 syarikat PKS yang memperoleh sijil halal terlibat dalam aktiviti pengeksportan lantas menunjukkan potensi pertumbuhan untuk industri halal negara kita masih amat luas.
Laman : https://www.hdcglobal.com/2021/06/bimb-hdc-lancar-program-dana-halal-bernilai-rm100-juta/