MATHAF, Bukan Sekadar Festival Makanan Halal Biasa
MATHAF, Bukan Sekadar Festival Makanan Halal Biasa
Published: Jun 21, 2022 7:51 AM
Updated: Jun 23, 2022 6:41 AM

AMPANG, 21 Jun 2022- Malaysia Thailand Halal Food Festival (MATHAF) adalah sebuah festival makanan halal yang telah berlangsung di Lotus’s Ampang, Selangor pada minggu lepas. Pelbagai jenis makanan Thailand yang semestinya halal dan selamat yang dijual di MATHAF. Peniaga-peniaga yang menyertai MATHAF terdiri daripada peniaga tempatan dan juga peniaga dari Thailand. Walau bagaimanapun, MATHAF akan sentiasa memberi keutamaan kepada peniaga tempatan untuk menjalankan perniagaan mereka di festival tersebut. Jenis-jenis makanan yang dijual di MATHAF merupakan “street food” Thailand yang sememangnya menjadi penggemar bagi pengunjung-pengunjung yang sukakan keunikan budaya dalam festival makanan. Sebagai contoh, Kerabu Maggi, Pancake Krabi, Somtam, Rojak Buah Thai, Tomyam, Daging Bakar Danok, Aiskrim Kelapa dan sebagainya.

MATHAF telah berlangsung sejak tahun 2015 dan akan diadakan sebanyak dua kali dalam sebulan. Buat masa ini, festival ini hanya berlangsung dalam kawasan Lembah Klang dan kebanyakannya dijalankan di pasar raya besar seperti Lotus’s dan Aeon Big. Festival ini bukanlah semata-mata festival makanan biasa malah, MATHAF juga merupakan satu NGO yang matlamatnya untuk membantu rumah-rumah kebajikan seperti rumah anak yatim dan tahfiz di Lembah Klang sekaligus membantu peniaga-peniaga Islam di Malaysia dan juga Thailand. 

Apa yang uniknya dalam pengurusan sedekah oleh MATHAF ini, MATHAF tidak mempunyai rumah kebajikan yang khusus di bawah jagaan mereka. Setiap kutipan infaq dan derma yang berjaya di kumpul sewaktu festival berlangsung akan disedekahkan kepada rumah kebajikan yang berada di kawasan atau daerah di mana festival itu dijalankan. Sebagai contoh, kutipan derma dan infaq yang diterima dari MATHAF di Lotus Ampang akan disedekahkan kepada Rumah Kebajikan Kasih Ibu di Ampang. 

Sepanjang berlangsungnya festival ini, MATHAF juga mengadakan hiburan yang bermanfaat untuk pengunjung seperti ceramah keagamaan, persembahan nyanyian nasyid dari kumpulan nasyid terkenal seperti Rabbani dan Hijjaz dan banyak lagi. Setiap pengunjung MATHAF bukan sahaja dapat menikmati keunikan makanan Thailand, malah dapat juga membuat amal jariah sewaktu berkunjung ke festival tersebut. MATHAF yang kedua pada bulan Jun ini akan berlangsung di Lotus, Setia Alam pada 24 Jun sehingga 3 Julai 2022 ini. 

Produced by
Channel Partner
2022 © All Right Reserved