Peningkatan dalam Pasaran Produk Kecantikan Halal
Peningkatan dalam Pasaran Produk Kecantikan Halal
Published: Jun 23, 2022 9:48 AM
Updated: 9:48 AM

Peningkatan dalam corak pasaran produk kecantikan halal semakin dilihat disebabkan oleh permintaan yang tinggi bukan sahaja dalam kalangan pengguna Islam malah bukan Islam juga kerana kelebihannya yang tersendiri.

Terdapat kesedaran dalam kalangan pengguna bukan Islam tentang produk-produk yang berlandaskan syariah yang mementingkan kebersihan dan keselamatan sesuatu produk itu. Kenaikan permintaan dalam produk kecantikan halal ini juga disebabkan oleh kuasa membeli yang meningkat dari populasi orang Islam dan keinginan dari gadis-gadis muslim yang meletakkan minat mereka kepada fesyen dan juga solekan.

Walau bagaimanapun, untuk memasuki pasaran kosmetik yang halal bukanlah satu perkara yang mudah. Ini kerana, kos yang tinggi dan prosesnya memakan masa. Tetapi, Shabrina percaya untuk mendapatkan sijil halal bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah walaupun perkara itu dilihat sebagai satu cabaran yang agak besar.

Proses yang memakan masa itu melibatkan barangan mentah yang diimport dari luar negara seperti Eropah, juga memerlukan sijil halal bagi memastikan sumber-sumber untuk menghasilkan sesuatu produk itu diperoleh dari sumber yang selamat dan halal.

Menurut ramalan industri, pasaran kosmetik atau kecantikan halal secara globalnya dijangka mencecah AS$54.16 juta (RM223.98 juta) menjelang 2022 daripada AS$20.25 juta pada 2015, di mana ia mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 15.2%.

Jaminan halal untuk sesuatu produk itu perlu dititikberatkan oleh seorang muslim. Malah menggunakan barang yang selamat dan bersih amat dituntut dalam Islam. Perniagaan yang memiliki sijil halal juga sebenarnya mampu membuka mata pelbagai pihak bukan sahaja pengguna malah pelabur-pelabur diluar sana. Ini kerana, Environmental, Social and Governance (ESG) dan Sustainable Development Goals (SDG) kini dilihat sebagai perkara yang perlu ada dalam operasi pengendalian sesuatu perniagaan itu bagi menjamin keadilan dan kesaksamaan bagi semua jenis kualiti hidup.

Kini, di Malaysia dan juga di negara jiran seperti Indonesia, produk kecantikan halal umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan. Antara produk kosmetik halal yang mendapat penerimaan yang baik dalam pasaran adalah SimplySiti, dUck Cosmetics, So.Lek, Wardah, Wawa Cosmetics, Obsess Cosmetics, Pretty Suci dan banyak lagi.

Source: Halal Times, Astro Awani

Kongsi Article Ini
Produced by
Channel Partner
Social Media
2022 © All Right Reserved