Pelancongan Mesra Muslim di Taiwan, Sejauh Mana?
Pelancongan Mesra Muslim di Taiwan, Sejauh Mana?
Published: Aug 23, 2023 7:13 AM
Updated: 7:30 AM

Destinasi Sensasi Mesra Muslim, adalah kempen yang dijalankan oleh Biro Pelancongan Taiwan. Ia mengetengahkan Taiwan, sebagai sebuah destinasi pelancongan menarik yang Mesra Muslim, Romantik, “Vibrant” dan “Trendy”.

Populasi Islam di Taiwan semakin meningkat. Taiwan berusaha mewujudkan persekitaran yang Mesra Muslim untuk pelancong Muslim. Masjid dan restoran halal boleh didapati di bandar-bandar utama.

Masjid yang terbesar di Taiwan terletak di Taipei, iaitu Masjid Agung Taipei. Masjid ini menjadi hub masyarakat Islam untuk pelbagai aktiviti keagaamaan. Masjid juga mempunyai restoran dan perpustakaan. Antara masjid yang boleh didapati di Taiwan adalah seperti Masjid Kebudayaan Taiwan, Masjid Taichung, Masjid Hualien Al-Falah, Masjid An-Nur Tongkang, Masjid Al-Taqwa, Majid Long Gang, Masjid Kaoshiung dan Masjid Long Gang. 

Kebanyakkan tempat tumpuan pelancong di Taiwan menyediakan tempat yang mesra muslim seperti tandas yang mempunyai bidet, tempat berwuduk dan tempat untuk menunaikan solat. Taiwan juga mempunyai hotel yang berasaskan halal penginapan. 

Taipei 101, adalah bangunan tertinggi di Taiwan. Pelancong boleh menikmati pemandangan panoramik di dek pemerhatian di tingkat 89. Terdapat juga restoran dan pusat membeli-belahTaipei 101. Taipei 101 juga menyediakan tempat untuk pelancong muslim solat. Klik sini untuk tonton tempat menarik yang boleh dikunjungi di Taiwan.

Makanan halal boleh didapati di Taiwan. Pensijilan halal di Taiwan di uruskan oleh Persatuan Cina Muslim, Pusat Halal Taiwan dan Persatuan Islam Taiwan. Selain restoran dan hotel, ada juga gerai yang menyediakan makanan halal. Begitu juga dengan pasaraya di Taiwan, terdapat beberapa buah yang menjual makanan halal. Tonton video restoran halal Taiwan di sini.

Dengan adanya restoran halal dan tempat yang mesra muslim, ia menjadikan Taiwan sebagai destinasi yang sesuai untuk dilawati. Selain itu, persekitaran Taiwan bersih dan selamat untuk para pelancong Muslim. 

Berdasarkan Indeks Pelancongan Muslim Global MasterCard-CrescentRating 2022, Taiwan kekal di tangga kedua di dunia dalam menyediakan persekitaran pelancongan mesra Muslim bagi destinasi bukan OIC (Organisasi Kerjasama Islam). Taiwan juga diiktiraf sebagai “Destinasi Inklusif Tahunan (bukan OIC)” (Inclusive Destination of The Year (non-OIC)) bagi kategori “Anugerah Halal dalam Pelancongan 2022”(Halal in Travel Awards 2022) yang dianjurkan oleh CrescentRating.

Kongsi Article Ini
Produced by
Channel Partner
Social Media
2022 © All Right Reserved