Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HDC, Hairol Arieffien Sahari berkata, HDC menyasarkan 50,000 syarikat di negara ini memiliki sijil halal yang sah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjelang tahun 2030.
Katanya, terdapat lebih 200,000 peniaga produk halal termasuk Perusahaan Bersaiz Kecil dan Sederhana (SME) yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tetapi kurang dari 10,000 syarikat yang memiliki sijil halal JAKIM.
Selain itu, katanya, kurang daripada 3,000 syarikat mempunyai kapasiti untuk mengeksport produk mereka.
Tambahnya, masih terdapat 190,000 syarikat terlibat dalam industri halal tetapi tidak mendapatkan sijil halal.
Ini merupakan cabaran besar untuk HDC dalam menggalakkan lebih lagi SME untuk mendapatkan sijil halal yang mampu membawa produk mereka eksport sehingga ke luar negara.
Sehubungan itu, sedia membantu syarikat mendapatkan sijil halal dengan memberi latihan dan khidmat nasihat sebelum sebarang permohonan dikemukakan kepada JAKIM bagi memastikan proses tersebut berjalan dengan lancar.
HDC juga membangunkan Halal Integrated Platform (HIP) bertujuan untuk menghubungkan pengendali industri halal bawah organisasinya dengan pihak yang berminat untuk mempertingkatkan peluang peniagaan dan membentuk aktiviti perniagaan digital.
Proses permohonan sijil halal JAKIM sering dikatakan rumit dan melibatkan kos yang tinggi, sedangkan kos permohonan untuk SMEs hanya RM400 ke RM500 sahaja.
Berbeza dengan permohonan yang akan melibatkan pematuhan piawaian tertentu seperti keperluan menggantikan mesin atau alatan yang rosak atau berkarat.
"Sijil halal membantu meningkatkan pasaran baharu lebih meluas dan nilai tambah kepada operasi syarikat sehingga berpotensi dalam aktiviti eksport ke negara luar termasuk negara kurang penduduk Islam seperti Jepun yang merupakan salah satu antara lima negara yang sentiasa menerima barangan eksport dari Malaysia selain Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Brazil," katanya pada majlis perasmian penutup Jelajah Halal Malaysia (JHM) 2022 di Pahang.
Program JHM 2022 yang berlangsung selama tiga hari ini yang bermula dari 19 Julai dihadiri oleh pengeluar produk halal dan pembekal perkhidmatan halal dari seluruh Pahang.
Ia menyediakan maklumat pasaran terkini mengenai industri produk halal, bantuan kewangan Islam dan program takaful (insurans), pematuhan sijil halal dan maklumat mengenai latihan halal dan industri halal.
Pada majlis penutupan tersebut, HDC juga menandatangani kerjasama strategik dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP) diwakili Hairol Ariffien, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HDC dan Penolong Naib Canselor Universtiti (Bahagian Kerjama Industri dan Komuniti), Prof Madya Dr Nurul Hazlina Noordin–yang bertujuan menambah pengetahuan dalam aspek halal dalam kalangan pelajar dan masyarakat setempat.
Kandungan disediakan oleh Bernama.
Sebarang pertanyaan kerjasama untuk artikel/video/bual bicara, sila hubungi [email protected] atau WhatsApp di talian +60162716516 (Aisha) atau +60176190307 (Syahirah).