Mar 06, 2025 10AM
300 Botol Minuman & Kad TNG di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, bersempena Masjid Hopping bersama LZS

Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan mengadakan siri Masjid Hopping bersama LZS sepanjang bulan Ramadan ini. Siri ini akan bermula di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 6 Mac 2025, dari jam 5.00 petang hingga 7.00 malam.
300 botol minuman dari HWC Coffee serta Kad Touch 'n Go (TNG) Edisi Istimewa LZS dan goodies bag, akan diedarkan secara percuma kepada para pengunjung masjid dan pembayar zakat yang berinteraksi di Lori ZASS (Zakat Sana Sini).

Program ini bertujuan untuk mengimarahkan masjid dalam bulan Ramadan, serta melebihkan aktiviti berfaedah di bulan Ramadan. Para jemaah dan pembayar zakat dijemput untuk bersama-sama dalam acara ini.
Jom sertai kami dalam memeriahkan bulan suci Ramadan dan mari bersama-sama menyemarakkan semangat kebersamaan di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah. Ikuti media sosial Lembaga Zakat Selangor dan Kinihalal untuk ketahui lokai masjid seterusnya.

Media Sosial Lembaga Zakat Selangor:
Media Sosial Kinihalalr:
Waktu Solat


05 Feb 2026
Waktu solat berikutnya,
Dhuhr
pada
13:30
















