Back To All

Dec 15, 2025 11AM

Brainy Bunch buktikan pendidikan Islamik holistik saingi arus perdana

author

NADIA AZAM

Wawancara | Brainy Bunch menegaskan komitmen terhadap kecemerlangan akademik sebagai salah satu teras utama pendidikan, selain pembangunan rohani dan akhlak yang menjadi identiti institusi itu sejak ditubuhkan. 


Menurut Ketua Eksekutif Brainy Bunch (CEO), Hilmi Ismail, ada segelintir masyarakat yang melihat sekolah tersebut dari sudut Islamik semata-mata, sedangkan struktur akademiknya adalah menyeluruh, sistematik dan setanding sekolah arus perdana termasuk dari aspek kurikulum, pencapaian pelajar serta kaedah pengajaran moden.


Menurut beliau, di peringkat prasekolah, Brainy Bunch menggunakan lebih 300 apparatus Montessori yang membentuk kemahiran asas seperti motor halus, membaca, nombor dan operasi matematik.


“Kita mempunyai pelajar berusia enam tahun yang sudah mampu melakukan operasi darab dan bahagi. Tahun ini sahaja, lebih 90 peratus murid berumur enam tahun sudah boleh membaca, menulis dan mengira dengan baik.


“Selain itu, 90 peratus murid juga berupaya menunaikan solat secara berdikari, sekali gus menunjukkan keseimbangan antara latihan akademik dan pembentukan kerohanian.


Pelajar prasekolah bijak melaksanakan solat secara berdikari


“Kami turut memperkenalkan Brainy MASTER, subjek unik yang direka untuk memupuk kecintaan terhadap STEAM (sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik) sambil menggalakkan kreativiti kanak-kanak. 


“Tahun ini juga, kami mewujudkan program baharu iaitu Brainy SMART, bagi membantu pelajar menguasai tiga kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira melalui sistem latih tubi berdisplin dan pengulangan harian,” katanya.


Didikan holistik melalui akademik dan kepimpinan


Hilmi berkata, di peringkat sekolah menengah,  pembelajaran Brainy Bunch memberi tumpuan kepada pembinaan karakter serta kemahiran insaniah. 


Menurut beliau, pelajar diwajibkan menyertai pelbagai aktiviti seperti pertandingan pengucapan awam (public speaking), pertandingan hafazan, bacaan al-Quran, serta sistem mentor–mentee. 


“Melalui pendekatan itu, pelajar bukan sahaja mencapai kecemerlangan akademik, malah membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan nilai kepimpinan yang kukuh,” katanya.


CEO Brainy Bunch Hilmi Ismail mendedahkan rancangan Brainy Bunch untuk membangunkan asrama penuh seiring model MRSM beberapa tahun akan datang


Pencapaian IGCSE bukti keberkesanan sistem


Mengulas keberkesanan pendidikan Brainy Bunch, Hilmi menjelaskan ia boleh dibuktikan melalui pencapaian cemerlang pelajar menerusi International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).


Menurut beliau, ia antara kelayakan peringkat menengah yang dianggap berkualiti dan paling diiktiraf di dunia.


“Sekolah ini mencatatkan 100 peratus kelulusan bagi sesi Mei hingga Jun tahun ini, termasuk pelajar yang pernah meraih gelaran teratas di negara ini bagi subjek Bahasa Melayu. Ia direka untuk pelajar yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa asing.


“Selain itu, 47 peratus pelajar memperoleh straight A, manakala hampir 40 peratus mendapat 5A dan ke atas bagi tahun 2024. 


“Kejayaan itu turut diperkukuh dengan pencapaian luar bilik darjah, termasuk kemenangan dalam pertandingan seperti Spelling Bee dan Kangaroo Maths. 


Pelajar sekolah menengah Brainy Bunch sewaktu menyertai program Minggu Bahasa 


Malah, katanya, penyertaan pelajar autism yang menjuarai acara renang dan matematik menunjukkan komitmen sekolah terhadap pendidikan inklusif dan pembangunan potensi setiap individu.


Perancangan masa depan: Asrama penuh seakan-akan MRSM


Hilmi berkata, dalam tempoh lima tahun akan datang, Brainy Bunch merancang untuk membangunkan asrama penuh seiring model pendidikan institusi seperti Maktab Rendah Sains MARA.


Menurut beliau, versi sedia ada bagi sekolah menengah Brainy Bunch masih belum mempunyai kemudahan asrama, sedangkan pembangunan remaja memerlukan persekitaran yang lebih holistik.


Beliau menjelaskan bahawa pendidikan berasrama penuh amat penting kerana pelajar bukan sahaja perlu cemerlang dalam akademik, tetapi juga memerlukan rutin harian yang tersusun. 


“Brainy Bunch ketika ini sudah menerapkan rutin dari peringkat tadika sehingga sekolah menengah, merangkumi solat Dhuha, bacaan al-Quran, doa serta pelbagai latihan rohani dan disiplin harian.


“Rutin yang konsisten menjadi asas kepada kejayaan individu berjaya, termasuk waktu tidur, masa bangun, jadual belajar dan aktiviti harian yang seimbang. 


Barisan guru Brainy Bunch meraikan hari graduasi IGCSE


“Justeru, asrama penuh diyakini mampu memastikan rutin itu berjalan sehingga ke waktu malam, sesuatu yang sukar dicapai apabila pelajar pulang ke rumah dan terdedah kepada gangguan seperti penggunaan telefon, televisyen dan pengasingan diri,” katanya.


Graduan Brainy Bunch berjaya ke universiti dalam dan luar negara


Hilmi berkata, graduan Brainy Bunch kini melanjutkan pengajian ke negara seperti Amerika Syarikat, Rusia, Korea, Jepun, Perancis dan Indonesia. 


Beliau menegaskan bahawa pengalaman kepimpinan, pertandingan dan aktiviti pelbagai di sekolah membantu mereka menyesuaikan diri di peringkat universiti.


“Brainy Bunch terus membuktikan keberkesanan sistem pendidikannya apabila majoriti pelajar yang menamatkan pengajian di institusi ini mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti, sama ada di dalam mahupun luar negara. 


“Dari segi akademik, pelajar Brainy Bunch dilihat tidak menghadapi masalah untuk mengejar silibus pendidikan tinggi. 


“Mereka diterima masuk ke pelbagai institusi, termasuk universiti awam (IPTA) dan universiti swasta (IPTS), sekali gus menampilkan rekod kejayaan yang konsisten dalam kalangan graduan sekolah ini,” katanya.


Bagi sebarang pertanyaan untuk kemasukan sekolah bulan Januari 2026, boleh menghubungi cawangan yang berdekatan atau pejabat pendaftar pusat, bergantung pada lokasi. Brainy Bunch HQ (Cyberjaya): 016-282 4608




Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

16 Dec 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:49

mosque
imsak

Imsak

05:49:00

fajr

Fajr

05:59:00

syuruk

Syuruk

07:10:00

dhuhr

Dhuhr

13:12:00

asr

Asr

16:34:00

maghrib

Maghrib

19:09:00

isha

Isha

20:24:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase