Dec 12, 2025 10PM
Luckin Coffee lancar cawangan berinspirasikan taman tema di SkyAvenue, Genting Highlands
Luckin Coffee perluas perniagaannya ke Genting Highlands susulan pembukaan rasmi kedai perdana jenama itu di pusat membeli belah SkyAvenue, semalam, sekaligus mencerminkan komitmennya dalam melengkapkan pengalaman percutian pengunjung Genting Highlands.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Luckin Coffee Malaysia, Dr. Jeff Lim berkata, jenama kopi global itu tertumpu kepada perluasan cawangan dan peningkatan penglibatan pelanggan dengan jenama mereka melalui format-format inovatif pada tahun ini.
Menurut beliau, usaha itu menjadikan 2025 satu tahun yang penting untuk Luckin Coffee Malaysia, selain memastikan pengguna merentasi pelbagai latar belakang dapat menikmati kemudahan dan kualiti terbaik.
“Kami mahu mencipta sebuah ekosistem antara cawangan dan pengguna yang saling terhubung, agar pelanggan mendapat akses kepada kualiti dan kemudahan pada harga yang berpatutan di mana sahaja mereka berada,” katanya.

Pembukaan kedai perdana itu di Genting SkyAvenue dimeriahkan dengan tarian singa, yang dipercayai membawa tuah dan rezeki.
Luckin Coffee SkyAvenue Flagship menerapkan elemen menarik seperti bar kopi berbentuk carousel Merry-Go-Round, tempat duduk bertemakan roller coaster, zon interaktif Charge Your Luck dan cermin besar menempatkan Lucky, maskot Luckin Coffee.
Diinspirasikan oleh taman tema, Lim berkata cawangan tersebut mencerminkan dedikasi jenama itu dalam mencipta ruang energetik, moden dan interaktif, selain mengukuhkan empat teras Luckin Coffee iaitu profesionalisme, belia, fesyen dan kesihatan.
Tambah Lim, cawangan berkeluasan 2,084 kaki persegi itu direka khusus untuk memberikan pelanggan sebuah pengalaman yang selari dengan persekitaran dinamik dan meriah pusat membeli belah tersebut.
“Bagi menyambut pelancaran ini, kami memperkenalkan minuman eksklusif Grape Cloud Frappe yang hanya boleh didapati di semua cawangan Luckin Coffee, Genting Highlands bermula 6 Disember ini.

Antara tarikan menarik yang unik, hanya di cawangan Luckin Coffee, Genting SkyAvenue.
“Selain SkyAvenue, pelanggan boleh dapatkan minuman ini di cawangan Luckin Coffee ambil-dan-pergi, Highlands Hotel yang dibuka pada Ogos dan di Luckin Coffee pusat membeli belah Antara Genting yang dilancarkan pada November lalu.
“Kesemua cawangan ini bertujuan melengkapkan pengalaman percutian pelanggan kami di Genting Highlands,” katanya.
Ketika pelancaran cawangan Luckin Coffee SkyAvenue, Kinihalal berpeluang mencuba dan menilai sendiri keenakan Grape Cloud Frappe dan Toffee Hazelnut Latte.
Minuman kisar berperisa anggur Grape Cloud Frappe dilengkapi dengan krim putar yang gebu, seolah-olah anda sedang menghirup air segar di tengah awan-awangan di puncak gunung Genting Highlands.

Saksikan review Grape Cloud Frappe dan Toffee Hazelnut Latte Kinihalal.
Toffee Hazelnut Latte pula mempunyai rasa karamel yang beraroma, namun apabila digabungkan sebati dengan espresso mewujudkan keseimbangan dalam kopi bersusu itu, sesuai dinikmati oleh semua walaupun anda bukan penggemar kopi.
Lim berkata, Luckin Coffee Malaysia dalam rancangan menamatkan fasa perkembangannya di Malaysia pada 2025 untuk menumpukan perhatian terhadap menaik taraf cawangan berprestasi tinggi dan akses pelanggan serta mengukuhkan kehadiran jenama itu di seluruh negara.
Seolehnya, Luckin Coffee melancarkan Trak Mudah Alih yang dicipta khusus untuk memperluas capaian jenama itu terhadap orang ramai selain memudahkan akses langsung pengguna kepada Luckin Coffee, terutamanya di kawasan yang tidak mempunyai cawangan kedai kopi itu.
Lim berkata, usaha itu akan dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah strategik untuk jenama itu meneroka segmen pengguna dan menu baharu serta mengukuhkan pengaruh mereka di kawasan berkepadatan tinggi.

Luckin Coffee kini boleh bergerak ke kemana-mana sahaja untuk meningkatkan akses pengguna kepada kopi berkualiti.
Secara keseluruhannya, CEO itu berkata inisiatif-inisiatif itu akan menyokong pertumbuhan jangka panjang Luckin Coffee sebagai sebuah jenama yang berkembang pesat dalam industri Makanan dan Minuman (F&B) Malaysia.
“Secara kolektif, kami sasar untuk mengukuhkan kehadiran kami di negara ini agar kami boleh mencapai segmen pelanggan yang lebih luas, mewujudkan kesetiaan pada jenama yang lebih mendalam, dan meningkatkan nilai jenama kami melalui pengalaman runcit yang menyeluruh dan imersif,” kata Lim.
Aplikasi Luckin Coffee kini boleh didapati secara percuma di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery. Buat maklumat lanjut, sila layari media sosial Luckin Coffee di Facebook, Instagram, TikTok, dan XiaoHongShu atau aplikasi Luckin Coffee.
Waktu Solat


13 Dec 2025
Waktu solat berikutnya,
Imsak
pada
05:47
















