Dec 10, 2024 1PM
Michelin Taiwan 2024 Bib Gourmand: 3 Restoran Wajib Dikunjungi Pengembara Muslim
TAIWAN, December 2024 — Pengembara Malaysia, yang terkenal dengan cinta terhadap pelbagai pengalaman kulinari, pasti akan terpesona dengan kekayaan budaya makanan Taiwan. Tahun ini, senarai Michelin Guide Taiwan 2024 Bib Gourmand menonjolkan beberapa restoran mesra Muslim yang memenuhi keperluan pengembara Muslim. Dengan 126 pilihan hidangan luar biasa dengan harga berpatutan, tiga restoran ini menonjol sebagai destinasi utama, mempersembahkan keunikan dan inklusiviti kulinari Taiwan.
TAJ Indian Restaurant:
Citarasa Asli dari India
Foto: Taipei Friendly Store
Terletak di Taipei, TAJ Indian Restaurant menawarkan pengalaman makan dikelilingi dengan dekor asli India, tekstil berwarna-warni, dan perincian berseni. TAJ adalah salah sebuah restoran India yang mendapat sijil halal di Taiwan, menyajikan hidangan asli India yang disediakan oleh chef dari India. Hidangan ayam panggang istimewa mereka, “Taj Flaming Lactate Carbon Grilled Chicken,” merupakan hidangan berwarna merah yang menggiurkan, diperap hingga sempurna, dengan perisa salai hasil dari teknik pemanggangan tradisional. Restoran ini merupakan destinasi wajib bagi pengembara Muslim yang ingin menikmati citarasa sebenar India di Taiwan.
Halal Chinese Beef Noodle House (Da’an):
Mee Lembu Halal Klasik Taipei
Foto: FoodPickTW
Halal Chinese Beef Noodle House, mengimbau sejarah lebih 60 tahun, merupakan sebuah institusi terkenal di Taipei yang amat digemari oleh pengunjung Muslim. Terletak berhampiran dengan masjid tertua di Taipei, restoran ikonik ini hanya menggunakan daging lembu tempatan yang disahkan halal untuk menyediakan sup mi daging lembu yang penuh perisa, lengkap dengan ketulan daging lembu yang lembut dan mi kenyal. Cawangan yang disyorkan oleh Michelin di Daerah Xinyi sentiasa menarik perhatian ramai, menawarkan pengalaman citarasa klasik budaya masakan Taiwan yang disediakan khas untuk pengembara Muslim.
Little Tree Food (Da'an):
Hidangan Vegetarian Yang Sihat dan Kreatif
Foto: FB Little Tree Food
Taipei menawarkan banyak restoran vegetarian, tetapi hanya segelintir yang mengangkat diri mereka sebagai setara dengan bistro Amerika untuk hidangan vegetarian. Little Tree Food menonjol dengan menu yang eklektik, menggabungkan pengalaman ketua chef dalam masakan Sichuan dan Barat, serta menyajikan rasa unik dari pelbagai negara. Selain pasta dan pizza, pengunjung boleh mencuba dumpling pedas berintikan tofu yang diinspirasikan Sichuan, kobis bunga goreng gaya Korea dengan lapisan glasir gochujang, dan salad "Pad Krapow Burning Bowl" yang diinspirasikan Thailand. Little Tree Food adalah pilihan terbaik untuk pengembara Muslim yang mencari pengalaman hidangan vegetarian kreatif dengan sentuhan cita rasa global.
Abe Chou, Pengarah Pejabat Pentadbiran Pelancongan Taiwan di Kuala Lumpur, berkongsi, “Taiwan terkenal dengan kepelbagaian kilunarinya, dan restoran-restoran mesra Muslim ini menunjukkan komitmen Taiwan untuk menyediakan pengalaman menjamu selera yang inklusif dan pelbagai. Kami berharap pengunjung Muslim dari Malaysia akan merasa bagai disambut mesra di Taiwan, dengan kemudahan hidangan yang disahkan halal di seluruh Taipei, Taichung, dan Tainan. Dengan semakin banyak restoran yang mendapatkan sijil halal, Taiwan bertekad untuk mencipta persekitaran pelancongan yang benar-benar mesra Muslim.”
Taiwan yang Beraneka, Menyambut Semua dengan Terbuka Dari makanan jalanan tradisional hingga pengalaman kulinari yang kreatif, Taiwan menekankan inklusiviti dengan peningkatan perkhidmatan mesra Muslim, seperti restoran yang disahkan halal dan kemudahan solat. Berdasarkan Indeks Pelancongan Muslim Global 2024 (GMTI), Taiwan menduduki tempat ke-3 di kalangan destinasi bukan OIC, selepas Singapura dan UK. Taipei turut menerima "Anugerah Destinasi Mesra Muslim Terbaik," dengan lebih 60 hotel dan restoran mesra Muslim serta lebih 30 buah surau dan kemudahan wuduk di kawasan awam dan tarikan di seluruh bandar. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pentadbiran Pelancongan Taiwan Kuala Lumpur di +603-20706789 atau e-mel [email protected].
Want to feature your press releases, exclusive interviews, or branded content on Kinihalal & Malaysiakini? Email us at [email protected]
Join our Halal community to stay updated with the latest news and events. Follow Kinihalal on: Facebook, LinkedIn, Instagram, and TikTok.
Waktu Solat
12 Dec 2024
Waktu solat berikutnya,
Dhuhr
pada
13:10