Nov 03, 2025 12PM
Jasmine Food Lancar Beras ala Korea Pertama di Malaysia
Beras Jasmine Oppa yang dilancarkan oleh Jasmine Food Corporation Jumaat lalu, menandakan pencapaian baharu buat jenama tempatan Malaysia dalam memperkenalkan beras gaya Korea khas untuk hidangan asli Korea.
Ketua Pegawai Operasi Jasmine Food Corporation, Alan Kwong berkata, syarikat itu ingin mengikuti fenomena gelombang K-Pop dan budaya Korea yang terus memikat rakyat Malaysia dengan membawa semangat itu ke meja makan.
“Rakyat Malaysia telah menerima gelombang Korea dalam pelbagai cara, dan makanan merupakan salah satu hubungannya yang paling kuat.
“Dengan Jasmine Oppa Rice, kami memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati hidangan serupa Korea – kini di rumah sendiri,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Alan Kwong ketika majlis pelancaran Beras Jasmine Oppa minggu lalu di Pawagam TGV, 1 Utama
Menurutnya, beras Jasmine Oppa mempunyai tekstur lembut, gebu dan kenyal lalu sesuai dihidangkan sebagai pelbagai juadah popular Korea seperti bibimbap, nasi goreng kimchi dan kimbap.
Biarpun ia dirumuskan untuk mengekalkan keaslian rasa Korea, produk itu tetap dibungkus ala tempatan, dijamin halal dan berkualiti agar boleh dinikmati oleh semua pengguna tanpa was-was.
Beras Jasmine Oppa dilancarkan dalam sebuah majlis bertempat di Pawagam TGV, 1 Utama dan dihadiri oleh tetamu kehormat, rakan niaga, pihak media serta pempengaruh.
Ketika majlis itu, para tetamu disajikan hidangan berinspirasikan Korea dan berpeluang menonton tayangan khas filem G-Dragon in Cinema: Übermensch untuk meraikan pelancaran rasmi Beras Jasmine Oppa.
Beras Jasmine Oppa kini boleh didapati di pasaraya dan kedai runcit utama di seluruh negara.
Waktu Solat


04 Nov 2025
Waktu solat berikutnya,
Asr
pada
16:20
















