Back To Halal News

Apr 04, 2024 3PM

Halal Knowledge Centre (HKC) Perkukuh Platform Rujukan Halal dan Sahih untuk Pemain Industri Halal


Perubahan dalam industri ini memerlukan pemain industri untuk selalu meletakkan ilmu dan pengetahuan secara berterusan dalam industri halal.


PEMAIN INDUSTRI HARUS PEKA

 

Ketika ini industri halal sedang mengalami pertumbuhan yang dinamik sejajar dengan perubahan masa, perkembangan teknologi, dan perubahan  gaya hidup manusia yang mementingkan aspek halal dan kebersihan. 

 

Ekoran itu pemain industri khususnya mereka yang terlibat seperti usahawan, penyelidik, eksekutif halal dan pelajar, perlu peka dan berterusan dalam mengembangkan pengetahuan mereka dalam bidang ini. 


INDUSTRI BERASASKAN PENGETAHUAN


Menurut Siti Salbiah Raduan, Pakar Runding Pengurusan Pengetahuan & Maklumat, yang merupakan mantan Pengurus Besar, Pengurusan Maklumat, Halal Development Corporation Berhad (HDC) berkata, industri halal adalah industri bersandarkan ‘knowledge-based’ yang bergantung kepada sumber ilmu dan pengetahuan dibawah pemantauan dan pengawasan badan berautoriti dalam pensijilan Halal Malaysia.


Tambahnya, perubahan dalam industri ini memerlukan pemain industri untuk beradaptasi menuntut agar mereka  menyesuaikan strategi dan perubahan inovasi dalam produk agar lebih berdaya saing di pasaran yang dinamik.


Beliau berkata demikian ketika temuramah bual bicara bersama pakar industri Halal HKC, bertajuk Rujukan Halal, Sumber Sahih Jadikan Keutamaan baru-baru ini. 


Puan Siti Salbiah Raduan mewar-warkan pemain industri untuk terus menimba ilmu dalam industri halal


Jika pemain industri tidak meletakkan maklumat terkini dan sahih sebagai keutamaan,  industri dan juga perniagaan bakal mengalami krisis pengurusan.

 

‘Mereka tidak boleh menganggap apa yang mereka ketahui sebagai fakta yang tetap, kerana industri ini ada perubahan dari masa ke semasa’ tambah Salbiah.


ASPEK MUAMALAT


Aspek muamalat dalam hal jual beli perniagaan juga mengalami evolusi dan perubahan di mana, cara-cara untuk menjalankan perniagaan secara syariah dan prinsip-prinsip yang mengatur transaksi harus beradaptasi dengan perubahan zaman.


Pertukaran fatwa dan penentuan prinsip-prinsip yang mengatur perniagaan juga wajib mengikuti prinsip-prinsip mencakupi aspek maslahah (manfaat) atau mudharat (kerugian) dari setiap transaksi.


Bual Bicara Bersama Pakar Industri Halal Halal Knowledge Centre bertajuk Rujukan Halal, Sumber Sahih


Untuk kekal relevan, pemain industri halal  harus selalu mengikuti perkembangan terbaru, termasuk fatwa and kaedah teknikal yang diterapkan dalam industri halal.

 

Sumber rujukan seperti platform Halal Knowledge Centre (HKC) yang dibangunkan oleh HDC adalah sangat penting dalam memastikan bahawa pengetahuan dan metodologi serta proses industri ini adalah sahih, tepat dan terkini.



Platform HKC  menyediakan akses kepada maklumat terkini mengenai pembangunan industri halal, pensijilan halal, ekonomi dan sektor berkaitan. Yuran keahlian bermula serendah RM19.90 sebulan dan dengan keahlian, anda akan mendapat akses kepada lebih daripada 25,000 bahan rujukan, termasuk buku, laporan, kertas persidangan dan penyelidikan, artikel, jurnal, e-buku, dan koleksi multimedia.

 

Maklumat pasaran dan perniagaan semasa dalam industri juga dikemaskinikan untuk membantu pemain industri mencari destinasi eksport dan pasaran baru di luar negara. 

 

Di samping itu juga terdapat juga fakta dan statistik mutakhir dalam industri juga anda berpeluang untuk menjalankan rangkaian hubungan bersama dengan pakar-pakar pelbagai bidang dalam industri halal.



Selain dapatan proses permohonan pensijilan halal Malaysia boleh diakses melalui HKC, ahli juga boleh menonton video pengetahuan industri untuk rujukan semasa.

 

Ketika ini sudah melebihi 20,000 pengunjung sudah melayari portal HKC, dan pemain industri digalakkan menjadi ahli HKC melalui pendaftaran hkc.hdcglobal.com atau imbas kod QR untuk maklumat lanjut.



Tonton Bicara Bersama Pakar Industri Halal yang dianjurkan oleh HKC bertajuk Rujukan Halal, Sumber Sahih Bicara Bersama Pakar Industri Halal. Bicara Bersama Pakar Industri Halal : Rujukan Halal, Sumber Sahih Jadikan Keutamaan (youtube.com)



Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

01 May 2024

Waktu solat berikutnya,

Maghrib

pada

19:20

mosque
imsak

Imsak

05:43:00

fajr

Fajr

05:53:00

syuruk

Syuruk

07:03:00

dhuhr

Dhuhr

13:13:00

asr

Asr

16:31:00

maghrib

Maghrib

19:20:00

isha

Isha

20:31:00

mosque

Produced by

fg media

Channel Partner

malaysiakinikiniTV

Media Partner

Hei 2023Malaysia Showcase