Oct 08, 2025 4PM
HaNa penjana prospek halal AI pertama dunia
Bagi pengusaha perniagaan yang baru menembusi landskap halal, agak sukar untuk mereka mencari ruang mengembangkan pasaran hingga HaNa, penjana prospek halal AI pertama dunia dilancarkan.
Dihasilkan oleh HEXio.tech dengan sokongan Halal Development Corporation (HDC), teknologi AI bertujuan membina perkongsian yang diyakini dan dipercayai antara syarikat pelbagai saiz agar ekosistem halal yang mampan, inklusif dan berdaya saing dapat diwujudkan.
Ia menyelusuri, mempelajari dan memadankan data-data syarikat pelbagai di GoHalal.net dengan tepat agar setiap padanan itu dapat menghubungkan syarikat penjual dengan pembeli berminat.
Bagi menarik lebih ramai pengguna, HaNa dipamerkan di ekspo MIHAS 2025 dengan sokongan HDC. (kredit foto: HEXio.tech)
Selari dengan Pelan Induk Industri Halal (HIMP) 2030, HaNa mentakrif semula peranan Malaysia dalam industri halal global.
Lebih 41,000 mesej bertukar ganti serta 915 syarikat yang disahkan sepenuhnya, pengusaha industri halal membangun dalam persekitaran berasaskan kepercayaan.
Kini menjana lebih RM12.7 juta (USD 3 juta) dalam bentuk perjanjian berstatus aktif, pencapaian itu menjadi bukti bahawa kuasa perhubungan yang dipacu oleh AI boleh dipercayai, bukan bersandarkan nasib semata-mata.
Selain menghubungkan syarikat penjual dan pembeli, GoHalal.net turut menghubungkan pengusaha dengan penasihat halal untuk memastikan perniagaan mereka mematuhi Shariah. (kredit foto: GoHalal)
HaNa melebihi sekadar produk, ia mencipta gerakan yang menghubungkan perniagaan menerusi pengukuhan data sekaligus meletakkan Malaysia di barisan hadapan dalam membentuk ekonomi digital halal antarabangsa.
HEXio.tech mencipta GoHalal.net— platform digital perdana yang menerapkan HaNa— untuk menambah baik ekosistem halal Malaysia yang meluas dengan menghubungkan pengusaha melalui kuasa AI bagi mempercepat perkembangan dan memupuk keyakinan dalam ekonomi halal.
HEXio.tech juga terkenal dengan sumbangan mereka di luar sektor halal iaitu dalam pembentukan sistem MRT berfokuskan keselamatan, keandalan dan pencegahan agar pengangkutan awam itu mencapai matlamat operasinya seperti mengurangkan gangguan ketika servis, menambah baik keselamatan penumpang dan meningkatkan pengesanan keretapi.
Waktu Solat


09 Oct 2025
Waktu solat berikutnya,
Imsak
pada
05:41

