Aug 07, 2025 6PM
Imam Masjid Nabawi sampaikan khutbah Jumaat di Masjid Negara esok
Masjid Negara akan menjadi tuan rumah kepada Khutbah Jumaat Khas yang disampaikan oleh Imam Masjid Al-Nabawi, Madinah, Sheikh Dr. Salah Muhammad Al-Budair.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan khutbah itu akan bermula pada jam 1.22 tengah hari.
“Alhamdulillah. Satu penghormatan besar buat Malaysia,” katanya melalui Facebook hari ini.
Justeru, beliau mengajak orang ramai untuk turut serta menghadiri khutbah tersebut.
“Marilah kita bersama-sama hadir dan mengambil manfaat daripada khutbah yang bakal disampaikan oleh tokoh ulama besar dari Tanah Haram ini.
“Semoga keberkatan dan rahmat Allah SWT sentiasa mengiringi negara kita tercinta,” katanya.
Waktu Solat


08 Aug 2025
Waktu solat berikutnya,
Imsak
pada
05:51 (09 Aug 2025)

