Back To Halal News

Mar 27, 2024 10AM

JCL Menyuntik Semangat kepada Anak Yatim dengan Juadah Berbuka Puasa


Sempena bulan Ramadan 2024, JCL Credit Leasing (JCL) telah mengagihkan juadah berbuka puasa ke rumah anak-anak yatim, sekitar Lembah Klang. 

Sebagai syarikat pembiayaan yang patuh syariah, JCL sentiasa aktif memberi kembali kepada masyarakat. Berikut adalah antara rumah dan pertubuhan yang telah dikunjungi sepanjang bulan ini:

1)  Pusat Jagaan Kasih Murni (Rumah Kasih Harmoni)

2)  Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary

3)  Pusat Jagaan Amal Asyura

4)  Pusat Jagaan Penyayang Nur Iman
5)  Pertubuhan Kebajikan Baitul Ehsan Al-Khairi


“Sejumlah 250 juadah pek makanan telah disumbangkan kepada kesemua rumah anak-anak yatim. Kita berharap sumbangan ini secara tidak langsung dapat menggembirakan hati anak-anak dan memberi semangat kepada mereka untuk menghayati bulan Ramadan,” kata Hazira, Pengurus Sumber Manusia, JCL.


Petugas JCL memberi juadah berbuka puasa di Pertubuhan Kebajikan Baitul Ehsan Al-Khairi


“Kami amat bersyukur kepada pihak JCL memilih Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi untuk menjayakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat mereka. Di sini, kami mempunyai seramai 75 orang anak yatim yang mana 30 merupakan kanak-kanak perempuan dan selebihnya lelaki. Wajah gembira dan teruja anak-anak ini jelas kelihatan dan saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada petugas-petugas JCL,” kata Hj. Omar Bin Abdul Ghani, Petugas Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi.



Selain memberi sumbangan makanan, JCL juga telah membantu mangsa yang terjejas akibat banjir di Pahang baru-baru ini. Dengan kerjasama Pertubuhan Peneraju Aspirasi Sahabat Rekreasi Perak, mereka telah berjaya mengagihkan 400 kotak bantuan banjir kepada penduduk Muadzam Shah, Rompin, Pahang.


Misi bantuan pasca banjir di Muadzam Shah, Rompin, Pahang.


Mari kita bersama-sama kongsi kebaikan di bulan ramadan ini! Layari https://jcl.my/ untuk mendapat maklumat lanjut tentang perkhidmatan pembiayaan patuh syariah dari JCL.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

20 Jun 2024

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:44

mosque
imsak

Imsak

05:42:00

fajr

Fajr

05:52:00

syuruk

Syuruk

07:05:00

dhuhr

Dhuhr

13:18:00

asr

Asr

16:44:00

maghrib

Maghrib

19:27:00

isha

Isha

20:42:00

mosque

Produced by

fg media

Channel Partner

malaysiakinikiniTV

Media Partner

Hei 2023Malaysia Showcase