Nov 20, 2024 5PM
Sambal, Dendeng Nyet Khairul Aming diiktiraf Jakim
Pempengaruh popular dan usahawan Khairul Ameng berkongsi keterujaan kerana perniagaan sambal diusahakan mencatatkan sejarah terbaru selepas menerima sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Khairul Aming berkongsi berita gembira itu kepada peminat melalui media sosialnya hari ini.
“Alhamdulillah Dendeng Nyet Berapi dan Sambal Nyet Berapi kini disahkan halal oleh Jakim,” katanya.
Mengimbau saat awal perniagaannya bertapak, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman berkata dia berbangga dengan apa yang dikecapi kerana bermula dari bawah.
“Bermula dengan kilang dari kosong, kita bina sedikit demi sedikit hingga dapat pengiktirafan," katanya.
Dendeng Nyet Berapi dan Sambal Nyet Berapi mendapat pengiktirafan Jakim
Selain sijil Halal, syarikat yang dikendalikan oleh Khairul Aming telah mendapatkan sijil MeSTI daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 31 Jan lalu, dua hari sebelum Dendeng Nyet dilancarkan.
Katanya sebelum ini, dia mempunyai perancangan lebih besar untuk mengukuhkan perniagaannya hingga ke luar negara selepas mendapatkan sijil Halal dan MeSTi.
Waktu Solat
21 Nov 2024
Waktu solat berikutnya,
Asr
pada
16:24