Back To Halal News

Feb 05, 2025 4PM

Wardah perkukuh komitmen kecantikan halal, pemberdayaan wanita di Malaysia

Wardah terus mengorak langkah sebagai peneraju industri kecantikan halal di Malaysia seiring dengan era kecantikan dan pemerkasaan wanita yang bergerak selari.

 

Melalui komitmen yang teguh terhadap inovasi, kelestarian dan keterangkuman, jenama itu mentakrifkan semula keindahan sebenar bukan hanya pada zahir tetapi pada nilai dan jiwa.

 

Pengarah Negara Paragon Corp Malaysia, Zaireen Ibrahim, berkata, industri kecantikan halal di Malaysia berkembang pesat, didorong oleh permintaan pengguna terhadap produk yang bersih, beretika, dan berkesan. 

 

“Di Wardah, kami komited menetapkan penanda aras industri dengan memastikan setiap formula disokong oleh sains, sambil mengekalkan keutuhan standard halal,” katanya dalam kenyataan.

 

Beliau turut menambah, kerjasama strategik adalah kunci dalam memperkukuh ekosistem kecantikan halal di rantau ini. 


Utusan Khas PBB, Retno Marsudi dalam majlis MoU pelantikannya sebagai Ahli Lembaga Paragon Wardah Stewardship for Global Impact bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, ParagonCorp, Dr Sari Chairunnisa



“Dengan peningkatan permintaan terhadap produk kecantikan halal yang diperakui, sinergi antara jenama, kerajaan, dan institusi mampu mendorong inovasi serta penyeragaman dalam industri ini,” katanya.

 

Sementara itu, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkasakan wanita melalui kosmetik halal, Wardah mengumumkan pelantikan Retno Marsudi sebagai Ahli Lembaga Paragon Wardah Stewardship for Global Impact. 

 

Pelantikan itu dimeterai melalui majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, ParagonCorp, Dr Sari Chairunnisa, yang berlangsung di ibu pejabat ParagonCorp di Jakarta.

 

Sebagai Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung isu air, Retno akan menyumbangkan kepakaran beliau dalam diplomasi global bagi memperkukuh inisiatif strategik Paragon Wardah Stewardship for Global Impact. 

 

Fokus utama beliau merangkumi pendidikan, pemberdayaan wanita, kelestarian alam sekitar, serta inisiatif sosial yang mampu mencetuskan perubahan bermakna dalam komuniti global.


Ahli ParagonCorp termasuk CEO, Harman Subakat (paling kiri), Timbalan CEO, Dr Chairunnisa (lima dari kiri) dan Duta Wardah, Dewi Sardah turut serta dalam majlis MoU yang melantiknya sebagai ahli lembaga Paragon Wardah Stewardship for Global Impact



Sejurus selepas menandatangani MoU, Retno menzahirkan penghargaan bahawa beliau amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada keluarga Paragon Wardah. 

 

“Kerjasama ini lahir daripada nilai dan aspirasi yang sama untuk mencipta perubahan positif yang mampan. 

 

“Paragon membuktikan komitmennya dalam menyelaraskan kejayaan perniagaan dengan kesejahteraan sosial, dan saya teruja untuk menyumbang kepada inisiatif berimpak tinggi ini,” katanya.

 

Dalam memperkasakan Wanita di Malaysia melalui Inisiatif Mampan di Malaysia, Wardah  melaksanakan pelbagai inisiatif pemerkasaan, termasuk program inisiatif Wanita untuk Wanita (Women for Women). 

 

Program itu memberi peluang kepada wanita tempatan untuk menghasilkan tuala wanita kain guna semula, bukan sahaja membantu menangani kemiskinan haid, malah turut membuka peluang pendapatan yang mampan. 

 

Produk berkenaan juga diagihkan kepada wanita di Palestin, membuktikan komitmen Wardah terhadap solidariti global dan tanggungjawab sosial.

 

Melalui Paragon Wardah Stewardship for Global Impact, Retno menyokong misi Wardah dengan mengukuhkan program pendidikan, memperkasakan keusahawanan wanita, serta mempertingkatkan usaha kelestarian alam sekitar yang dipacu komuniti. 

 

Pendekatan itu selari dengan falsafah Brave Beauty, yang mengetengahkan wanita sebagai pencetus perubahan untuk masa depan yang lebih cerah, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk keluarga, masyarakat, dan dunia.

 

Sebagai pemain utama dalam pasaran kecantikan halal global, Wardah di bawah kepimpinan Retno, ParagonCorp bertekad untuk terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam penyelesaian kecantikan halal yang inovatif dan beretika. 

 

Kerjasama itu bukan sahaja memperkukuh komitmen Wardah terhadap inovasi dan kelestarian, tetapi juga mengukuhkan peranan Malaysia sebagai peneraju ekosistem halal global.



Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

18 Feb 2025

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:48

mosque
imsak

Imsak

06:08:00

fajr

Fajr

06:18:00

syuruk

Syuruk

07:26:00

dhuhr

Dhuhr

13:30:00

asr

Asr

16:48:00

maghrib

Maghrib

19:29:00

isha

Isha

20:39:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase