Back To Halal News

Oct 04, 2024 2PM

Aducktive Food Mahu Kembang Bisnes OEM Halal

 

Aducktive Food Sdn Bhd, sebuah syarikat F&B yang dikenali dengan snek telur masin inovatif (atau salted egg) telah berjaya mengembangkan perniagaan dengan mendapatkan pensijilan Halal OEM melalui Maybank Islamic Halal2u.

 

Ditubuhkan pada tahun 2019, snek Aducktive pada asalnya dibuat di dapur rumah sahaja di Batu Arang, Selangor dan nama Aducktive merupakan gabungan perkataan ‘duck egg yolk’ dan ‘addictive’. 

 

Antara misi dan visi Aducktive adalah untuk membangunkan produk snek gourmet yang halal, inovatif, berkualiti tinggi, mudah diakses dan menjadi syarikat terkemuka dalam inovasi snek bersalut di Malaysia.

 

Menurut Ketua Pengawai Eksekutif Aducktive Food Sdn Bhd, Anif Azami, dengan adanya pensijilan Halal, produk-produk keluaran Aducktive lebih mudah untuk diakses sama ada di pasaran tempatan atau global. 

 

‘Bila kita ada pensijilan halal, ini akan membuatkan pelanggan lebih yakin dan percaya dengan produk-produk yang kita keluarkan”, kata beliau. Tambahan beliau, proses untuk mendapatkan pensijilan Halal dengan Maybank Islamic Halal2u adalah mudah dan pantas, kerana setiap langkah permohonan mendapat bimbingan secara lansung daripada pakar Halal Maybank Islamic, tanpa sebarang kos pendahuluan.

 

Dengan memperolehi Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada Jakim, Aducktive bukan sahaja memberi kepercayaan kepada pelanggan sedia ada dan baharu, tetapi juga membuka peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan kerjasama jenama-jenama besar yang lain.

 

 

Anif Azami juga berkata dengan adanya pensijilan Halal OEM, syarikat yang berminat tidak perlu memikirkan pensijilan Halal dalam produk makanan OEM yang dihasilkan. 

 

Menerusi Program Maybank Islamic Halal2u , Anif Azami telah melalui proses bimbingan khas dan pra-penilaian terhadap proses pengilangan mereka serta internal audit dilakukan bersama pasukan Aducktive.

 

Menurut Anif, Program  Maybank Islamic Halal2u juga melengkapi perniagaan syarikat milik beliau dengan memberi kemudahan bersepadu seperti Pembiayaan Perdagangan-i, Kad Korporat, dan Pembiayaan Modal Kerja. 

 

Kemudahan ini membantu syarikat ini dalam melengkapi perniagaan untuk memastikan produktiviti dan operasi berjalan dengan lancar. 

 

 

Program Maybank Islamic Halal2u juga menawarkan solusi kewangan yang patuh syariah untuk memenuhi pelabagai keperluan perniagaan PKS khususnya pemain pasaran Halal seperti akaun semasa, pembiayaan modal kerja, kemudahan pembayaran digital Scan and Pay serta banyak lagi.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://mk.my/halal2u.

 

Sila tonton dan share video penuh Halal Heroes Aducktive di https://mk.my/aducktive.


Ingin menampilkan siaran akhbar, temu bual eksklusif, atau kandungan berjenama anda di Kinihalal & Malaysiakini? Email kami di [email protected]

 

Sertai komuniti Halal kami untuk mendapatkan berita dan acara terkini.

 

Ikuti Kinihalal di: Facebook, LinkedIn, Instagram, dan TikTok.


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

16 Oct 2024

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:02

mosque
imsak

Imsak

05:40:00

fajr

Fajr

05:50:00

syuruk

Syuruk

06:57:00

dhuhr

Dhuhr

13:02:00

asr

Asr

16:18:00

maghrib

Maghrib

19:01:00

isha

Isha

20:11:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase