Mar 11, 2026 9AM
Dua masjid suci bersedia hadapi 10 hari terakhir Ramadan
Menjelang 10 hari terakhir Ramadan, Pihak Berkuasa Am Penjagaan Hal Ehwal Dua Masjid Suci aktifkan pelan operasi komprehensif yang berteraskan empat aspek utama iaitu perkhidmatan operasi, penyelenggaraan, pengurusan orang ramai dan pengayaan pengalaman ibadah.
Bernama melaporkan, pihak berkuasa menggunakan teknologi Internet benda (IoT) dan skrin berkod warna bagi memantau kepadatan jemaah yang dijangka meningkat secara masa nyata, memberi panduan kepada jemaah untuk ke kawasan yang kurang sesak.
Usaha penyelenggaraan turut dipertingkat untuk memastikan sistem penyaman udara, pencahayaan dan bunyi beroperasi pada tahap optimum, sementara pengurusan jemaah diperkukuh dengan penggunaan peta interaktif 3D dan penjejakan kod bar.
Bagi jemaah yang menunaikan iktikaf, pihak berkuasa menyediakan pelbagai perkhidmatan logistik dan perubatan khusus, di samping panduan solat digital serta naskhah Al-Quran dalam tulisan Braille.
Langkah bersepadu itu bertujuan memastikan pengalaman ibadah yang lancar dan berkualiti tinggi kepada pengunjung di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sepanjang 10 malam paling suci dalam tahun ini.
Waktu Solat


12 Mar 2026
Waktu solat berikutnya,
Imsak
pada
06:03













