Back To Halal News

Oct 10, 2024 2PM

Jom Labur GoBarakah Melalui Wahed, Memperkasakan Bantuan Sosial Agar Lebih Telus Dan Berkesan

Ketua Pegawai Eksekutif Wahed, Zayan Yassin (kiri) dan Pengasas dan Pengerusi Wahed, Junaid Wahedna (kanan) melancarkan Kempen ECF bagi pemerkasaan kewangan

 

Wahed Ventures baru-baru ini melancarkan kempen Pembiayaan Dana Khalayak Ekuiti (ECF) eksklusif bagi platform GoBarakah yang telah memenangi pelbagai anugerah dalam usaha untuk mengubah cara bantuan sosial disalurkan.

 

Kempen ECF ini dibuka khusus kepada pelabur Malaysia dengan pelaburan minimum sebanyak RM500 dan memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyokong platform-platform terkemuka dalam bidang inklusi kewangan dan impak sosial.

 

Aplikasi GoBarakah menguruskan dana sumbangan melalui e-Baucer berbeza dengan penyelesaian tradisional

 

Dilancarkan pada November 2023 oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, GoBarakah merupakan sebuah platform fintech inovatif yang sedang menunggu kelulusan paten. 

 

Platform ini memudahcara semua inisiatif memberisumbangan, termasuk CSR, zakat/wakalah, dan derma awam kepada e-baucar. 

 

Baucar ini kemudiannya dihantar ke telefon penerima untuk ditebus sebagai barangan, perkhidmatan, atau bantuan kewangan. 

 

Berbeza dengan penyelesaian tradisional, GoBarakah hanya menguruskan dana sumbangan melalui e-baucar mereka, yang menghubungkan pemberi dana korporat, penderma yang disahkan, organisasi, dan penerima dalam satu ekosistem yang telus dan berkesan.

 

 Ini secara langsung menangani ketidakcekapan dan integriti alam kaedah pemberian sumbangan yang konvensional.

 

Melalui kempen ECF ini, pelabur Malaysia boleh memainkan peranan aktif dalam membantu GoBarakah untuk merevolusikan pemerkasaan kewangan sebagai platform telus memperkasakan inisiatif memberi oleh masyarakat dan korporat. 

 

Wahed Ventures, sebahagian daripada platform pelaburan Wahed yang diiktiraf di peringkat global, menawarkan peluang pelaburan yang beretika dan bertanggungjawab secara sosial, berlandaskan prinsip kewangan Islam. 

 

Kerjasama dengan GoBarakah memperkukuh misi Wahed untuk menawarkan usaha yang selaras dengan kemampanan dan inklusi kewangan, sekaligus mencipta impak positif jangka panjang kepada masyarakat.


Ingin menampilkan siaran akhbar, temu bual eksklusif, atau kandungan berjenama anda di Kinihalal & Malaysiakini? Email kami di [email protected]

 

Sertai komuniti Halal kami untuk mendapatkan berita dan acara terkini.

 

Ikuti Kinihalal di: Facebook, LinkedIn, Instagram, dan TikTok.


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

16 Oct 2024

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:02

mosque
imsak

Imsak

05:40:00

fajr

Fajr

05:50:00

syuruk

Syuruk

06:57:00

dhuhr

Dhuhr

13:02:00

asr

Asr

16:18:00

maghrib

Maghrib

19:01:00

isha

Isha

20:11:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase