Back To Halal News

May 27, 2024 10AM

HDC Halal Knowledge Centre (HKC) Meningkatkan Penguasaan Pengetahuan dan Kefahaman Industri Halal


Halal Knowledge Centre (HKC) atau Pusat Pengetahuan Halal adalah sebuah pusat rujukan halal utama yang telah ditubuhkan sejak 2009 yang merupakan salah satu inisiatif di bawah Halal Development Corporation (HDC). Peranan utama HKC adalah mempromosikan pengetahuan dalam usaha memacu pertumbuhan industri halal di Malaysia. Dalam era globalisasi ini, sebuah portal digital HKC telah dibangunkan bagi menyatukan pelbagai perkhidmatan dan maklumat, menjadikannya lebih mudah diakses oleh pengguna di seluruh dunia yang telah dikunjungi lebih 30 ribu pengguna sejak 2020.


Dalam ekonomi global masa kini, di mana pengetahuan merupakan pemacu utama kepada inovasi dan pembangunan, HKC memainkan peranan sebagai pusat sokongan penting bagi industri berasaskan pengetahuan melalui penerbitan pengetahuan dan perkongsian maklumat industri. HKC juga mengiktiraf kepentingan pengurusan data yang cekap dan analisis yang mendalam bagi memudahkan proses membuat keputusan yang berinformasi dalam ekonomi berasaskan pengetahuan. Oleh itu, penggunaan data untuk menggerakkan penyebaran  pengetahuan dan analisis yang mendalam meningkatkan sumbangan HKC kepada kemajuan dan kelestarian industri berasaskan pengetahuan.


HKC menyediakan akses kepada lebih 23 ribu bahan koleksi rujukan berkaitan dengan industri halal termasuk berita terkini, koleksi kertas penyelidikan dan persidangan, laporan industri, artikel, jurnal, buku digital dan multimedia boleh diakses secara atas talian. Ini membolehkan ahli HKC sentiasa mendapat maklumat yang tepat dan terkini tanpa mengira lokasi dan masa. 


Melalui HKC, syarikat dan pemain industri dapat mengakses koleksi penyelidikan pasaran dan perniagaan bagi maklumat untuk membuka peluang kepada perniagaan lebih berkembang dan mencapai pasaran baru bagi meningkatkan daya saing produk halal di pasaran global.



Usahawan baru, ahli akademik malahan pelajar yang ingin mendapatkan kursus atas talian, HKC menawarkan pelbagai sumber pembelajaran yang boleh diakses bagi memudahkan proses pembelajaran dan meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti tinggi.


HKC juga mengeluarkan bahan penerbitan kajian dan dokumen teknikal bagi meningkatkan kefahaman mengenai industri halal termasuk sektor makanan dan minuman, kosmetik dan penjagaan diri, farmaseutikal, perkhidmatan logistik yang dapat dimanfaatkan oleh ahli HKC.


‘Di masa hadapan, diharap HKC dapat terus berkembang dan memainkan peranan yang lebih besar dalam mempromosikan industri halal bukan sahaja di peringkat nasional malahan di peringkat antarabangsa. Ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang halal tetapi juga membantu dalam pembangunan ekonomi melalui industri halal yang semakin berkembang pesat’ tambah Encik Akmal Al Amini, Pengurus Kanan, Pengurusan Pengetahuan HDC.



Cabaran dan Peluang

Menguruskan sebuah pusat rujukan utama halal bukan satu usaha yang mudah. Antara cabaran utama adalah untuk mengekalkan pengetahuan yang terkini dan relevan disamping memastikan maklumat yang dikongsikan adalah tepat dan terkini mengikut standard dan garis panduan yang digariskan sentiasa dipatuhi. Selain itu, kajian penyelidikan dan latihan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengetahuan dalam pembangunan industri halal memerlukan usaha berterusan.


HKC merupakan inisiatif yang sangat penting dalam era modenisasi pada abad 21 kini. Ia bukan sahaja membantu dalam memberikan pendidikan dan latihan mengenai pengetahuan halal, tetapi juga menyumbang kepada penyelidikan dan pembangunan dalam industri halal. Usaha berterusan dan sokongan dari pelbagai pihak diharapkan HKC dapat mencapai matlamatnya dan membawa manfaat yang besar kepada masyarakat. Melalui kerjasama dan komitmen bersama, HKC akan terus menjadi pusat rujukan utama dalam membina kefahaman mendalam dan mempromosikan pengetahuan halal ke seluruh dunia.


Dengan kerjasama dan jaringan yang luas bersama pihak berkepentingan termasuk kementerian, agensi-agensi kerajaan, pakar-pakar terkemuka, pemain industri serta ahli akademik di seluruh dunia menjadikan HKC di posisi yang terbaik sebagai hub rujukan pengetahuan halal global.


Misi Utama

HKC ditubuhkan dengan misi utama yang berfokus kepada memperkasakan Malaysia sebagai pusat rujukan halal global yang terkemuka melalui pandangan industri dari pakar-pakar industri, analisis data, maklumat industri, laporan kajian, analisis pasaran, strategi pemasaran, dan sokongan perniagaan untuk membantu syarikat-syarikat menembusi pasaran baru dan meningkatkan eksport produk halal negara.


Inisiatif untuk mengumpul individu dan pakar yang terlibat di dalam industri halal turut diperkenalkan yang dikenali sebagai Halal Community of Practices (HCoP) di mana perkhidmatan sebagai HCoP untuk menyumbang dan berkongsi pandang, idea serta pengalaman sesama komuniti yang lain. Ahli HKC berpeluang untuk berhubung serta menjalinkan rangkaian kerjasama bersama HCoP.


Dua program ikonik anjuran HKC adalah Siri Bicara Bersama Pakar Industri dan Resensi Rujuk Halal yang telah diperkenalkan sejak tahun 2022 mendapat lebih dari 150 ribu tontonan, bersiaran secara langsung melalui HKC bagi membincangkan topik-topik dan isu semasa industri halal.



Kelebihan Menjadi Ahli Platinum HKC

Ahli Platinum HKC akan mendapat akses penuh dengan fi serendah RM19.90 sebulan dan berpeluang mendapatkan harga eksklusif bagi langganan setahun. Akses kepada perkhidmatan HKC adalah seperti berikut:


Kami ingin mempelawa individu atau pun organisasi untuk turut serta terlibat dalam usaha memperkasakan HKC dengan menyumbangkan bahan-bahan koleksi terbaru. Sertai kami dengan mendaftar ahli Platinum HKC serendah RM19.90 sebulan sahaja dengan melayari halaman hkc.hdcglobal.com atau imbas kod QR untuk mendaftar. Kami boleh dihubungi melalui email [email protected] atau ditalian 03-7965 5489.


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

23 Nov 2024

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:40 (24 Nov 2024)

mosque
imsak

Imsak

05:40:00

fajr

Fajr

05:50:00

syuruk

Syuruk

07:00:00

dhuhr

Dhuhr

13:02:00

asr

Asr

16:25:00

maghrib

Maghrib

19:00:00

isha

Isha

20:13:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase