Back To Halal News

Jun 11, 2025 5PM

Islam direkod agama paling pesat berkembang di dunia

Sebuah kajian oleh Pew Research Center menganggarkan Islam berkembang dalam kadar yang lebih cepat berbanding agama-agama lain sepanjang satu dekad bermula 2010 hingga 2020.

 

Bagaimanapun, Muslim kekal sebagai penganut agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian.

 

Menurut pusat kajian itu, jumlah Muslim meningkat daripada 347 juta kepada 2 bilion penganut manakala Kristian meningkat daripada 122 juta kepada 2.3 bilion penganut dalam dekad yang sama.

 

Pew Research Center mencatatkan Buddha sebagai satu-satunya agama yang menyusut dalam jumlah mutlak iaitu daripada 19 juta kepada 324 juta penganut. 

 

“Anggaran kami meliputi 201 buah negara dan kawasan yang menjadi tempat tinggal bagi 99.98 peratus populasi dunia.


Kadar peningkatan Muslim sedunia bergantung kepada faktor tertentu khususnya demografi (kredit foto: Pew Research Center)


“Kajian kami tertumpu kepada tujuh jenis kumpulan; Kristian, Islam, Hindu, Buddha, Yahudi, individu yang mematuhi agama lain dan individu yang tidak mempercayai mana-mana agama

 

“Kami mendapati lebih ramai Muslim sepanjang satu dekad tersebut iaitu sebanyak 347 juta berbanding jumlah keseluruhan penganut agama lain sebanyak 248 juta,” kata Pew Research Center melalui portalnya  dalam sebuah kenyataan. 

 

Bahkan, perkembangan populasi Muslim melepasi jumlah penganut agama Buddha di dunia pada 2020.

 

Hasil perkembangan pesat populasi Muslim, jurang jumlah Muslim dan Kristian global mengecil.

 

Pada 2010, Muslim terdiri daripada 23.9 peratus populasi dunia dan Kristian mewakili 30.6 peratus.

 

Pew Research Center merekodkan peningkatan jumlah Muslim sebanyak 25.6 peratus manakala Kristian 28.8 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan dunia pada 2010 hingga 2020.


Bagaimanapun, pusat kajian itu tidak menyertakan data dari rantau Amerika Latin-Carribean kerana kekurangan data yang boleh dipercayai (kredit foto: Pew Research Center)


Menurut Pew Research Center, antara pencetus perkembangan Muslim global yang pesat adalah faktor demografi di mana Muslim mempunyai lebih ramai anak dan secara purata, lebih muda berbanding penganut agama lain.

 

“Berdasarkan data daripada tahun 2015 hingga 2020, kami menganggarkan seorang wanita Muslim untuk melahirkan 2.9 anak secara purata sepanjang hayatnya, jika dibandingkan dengan wanita bukan Muslim yang mempunyai 2.2 anak.

 

“Pada 2020, umur median bagi Muslim adalah 9 tahun lebih muda berbanding umur median bukan Muslim.

 

“Di tahap global, perubahan jumlah populasi Muslim tidak ada kena mengena dengan individu keluar atau masuk agama,” jelasnya.


Al-Quran juga telah menyatakan jumlah umat Islam di akhir zaman akan meningkat (kredit foto: Malaysiakini)


Menurut tinjauan pusat kajian itu, di 117 negara dan kawasan dari 2008 hingga 2024, dianggarkan sebanyak 1 peratus penganut agama Islam yang membesar sebagai Muslim murtad.

 

Bagaimanapun, kekurangan itu dimbangi semula dengan kemasukan mualaf yang baru menganut agama Islam.

 

Pada 2020, majoriti Muslim sebanyak 1.2 bilion tinggal di rantau Asia-Pasifik, diikuti oleh rantau Timur Tengah-Afrika Utara sebanyak 414 juta iaitu 94 peratus keseluruhan populasi di rantau itu.

 

Populasi Muslim di Eropah dan Amerika Utara adalah lebih kecil, namun mereka berkembang dengan lebih pesat pada 2010 hingga 2020 berbanding populasi bukan Muslim di kawasan ini. 

 

Pew Research Centre ialah badan penyelidikan yang menjalankan tinjauan pendapat awam, penyelidikan demografi, analisis kandungan dan penyelidikan sains sosial berasaskan data yang lain.

 

Mereka pernah memenangi anugerah American Association for Public Opinion Research Inclusive Voices pada tahun 2023 bagi kajiannya bertajuk Suara Asian-Amerika yang Hilang.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

13 Jun 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:41

mosque
imsak

Imsak

05:41:00

fajr

Fajr

05:51:00

syuruk

Syuruk

07:03:00

dhuhr

Dhuhr

13:16:00

asr

Asr

16:42:00

maghrib

Maghrib

19:25:00

isha

Isha

20:41:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase