Back To Halal News

Feb 24, 2025 6PM

Kadar Zakat Fitrah di Selangor RM7, RM15, RM22 ikut harga beras dimakan

SHAH ALAM, 24 Februari 2025 – Kadar zakat fitrah di Negeri Selangor pada bulan Ramadan tahun 2025 adalah RM7, RM15 dan RM22 seorang, mengikut gred dan jenis beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di negeri ini. 


Penetapan ini dibuat berdasarkan pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram beras. 


Kadar zakat fitrah RM7 seorang ditetapkan untuk umat Islam yang menjadikan beras putih tempatan dan beras putih import sebagai makanan harian. Ini merupakan kadar minimum wajib seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. 


Bagi kadar RM15 seorang, ia ditetapkan untuk mereka yang menjadikan, beras perang, beras pulut, beras wangi dan beras merah sebagai makanan harian. Sementara itu, kadar RM22 seorang pula adalah bagi mereka yang menjadikan herba poni, beras basmathi dan beras Jepun sebagai makanan ruji. 


Lembaga Zakat Selangor (LZS) turut menggunakan kupon fitrah berwarna bagi memudahkan pembayaran mengikut kadar yang ditetapkan. Kupon hijau mewakili kadar RM7, kupon merah bagi RM15 dan kupon oren untuk RM22, selaras dengan jenis beras yang dimakan oleh pembayar zakat. 


Sepanjang Ramadan ini, LZS telah melantik 2,836 Penolong Amil Fitrah (PAF) di seluruh Selangor bagi memudahkan urusan pembayaran zakat fitrah. Orang ramai diingatkan untuk menunaikan zakat fitrah kepada PAF bertauliah yang dikenal pasti melalui kad tauliah dan sijil lantikan rasmi daripada LZS. 


Selain itu, pembayaran zakat fitrah juga boleh dilakukan melalui 18 Penolong Amil di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta 97 Maahad Tahfiz dan Sekolah Agama Swasta di Selangor. 


LZS turut menyediakan pelbagai platform pembayaran dalam talian yang lebih pantas dan selamat sebagai saluran alternatif kepada masyarakat Islam. Antara saluran pembayaran zakat secara dalam talian adalah melalui: 


1. EZakatPay dengan melayari https://fpx.zakatselangor.com.my 
2. Perbankan internet 
3. Portal MyEg 
4. Pos Online 
5. Aplikasi e-dompet GoPayz dan Boost 


Umat Islam di Selangor amat digalakkan membayar zakat fitrah lebih awal bagi memudahkan agihan zakat kepada golongan yang memerlukan. Selain itu, mereka yang memenuhi syarat berzakat juga disarankan untuk menunaikan zakat harta seperti zakat pendapatan, zakat emas, zakat perniagaan dan sebagainya melalui pelbagai saluran bayaran yang disediakan.


Dalam perkembangan sama, LZS akan membuka 19 cawangannya di seluruh Selangor tujuh hari seminggu termasuk cuti umum sepanjang Ramadan ini. Ini bagi memudahkan masyarakat yang ingin menunaikan zakat sepanjang bulan Ramadan. Waktu urusan pada hari bekerja bermula dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Manakala pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, cawangan LZS akan dibuka bermula 9.00 pagi hingga 3.00 petang. 

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

25 Feb 2025

Waktu solat berikutnya,

Maghrib

pada

19:29

mosque
imsak

Imsak

06:07:00

fajr

Fajr

06:17:00

syuruk

Syuruk

07:24:00

dhuhr

Dhuhr

13:29:00

asr

Asr

16:45:00

maghrib

Maghrib

19:29:00

isha

Isha

20:39:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase