Back To Halal News

Jul 19, 2024 2PM

KPDN Serbu Perusahaan Makanan Ringan Menggunakan Logo Halal Palsu

IPOH: Sebuah premis perusahaan menjual makanan ringan dan kacang putih di Kampung Kacang Putih dekat Buntong di sini, diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, semalam kerana disyaki mempamerkan logo halal palsu pada produk yang didagangkan.


Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail, berkata dalam serbuan jam 12.45 tengah hari itu, tindakan sitaan dibuat terhadap 463 bungkusan makanan ringan pelbagai jenis yang menggunakan logo halal tidak sah bagi tujuan perdagangan dan jualan di pasaran dengan nilai keseluruhan barang rampasan dianggarkan berjumlah RM2,720.


"Pemeriksaan yang dilakukan menjumpai sejumlah produk makanan ringan yang telah ditandakan dengan logo halal tidak sah digunakan untuk tujuan perdagangan. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati produk yang dikeluarkan adalah untuk jualan runcit serta borong sekitar utara Semenanjung Malaysia.


"Sehubungan itu, satu tindakan kes diambil di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 justeru bertindak menyita 463 bungkusan makanan ringan pelbagai jenis yang menggunakan logo halal tidak sah," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya lagi, kes disiasat mengikut Perintah 8(a), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu kesalahan memperaku mana-mana makanan sebagai halal.


Menurutnya lagi, siasatan awal mendapati ia adalah kesalahan kali pertama dibuat premis itu berkenaan dengan logo halal.


Sumber: Berita Harian


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

08 Sep 2024

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:14

mosque
imsak

Imsak

05:48:00

fajr

Fajr

05:58:00

syuruk

Syuruk

07:05:00

dhuhr

Dhuhr

13:14:00

asr

Asr

16:17:00

maghrib

Maghrib

19:17:00

isha

Isha

20:27:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Malaysia Showcase