Back To Halal News

Sep 28, 2024 8PM

LZS Anjur Karnival Zakat Selangor Buat Julung Kali Untuk Perkukuh Kesedaran Zakat

Tuan Haji Mohd Sabirin memberi ucapan perasmian Karnival Zakat Selangor 2024

 

Karnival Zakat Selangor 2024 anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) menjadi platform strategik untuk mendekati komuniti dan memperkukuh kesedaran zakat melalui pelbagai aktiviti menarik bersempena dengan sambutan Jubli Mutiara ke-30 LZS.

 

Dalam tempoh 30 tahun, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah berjaya meningkatkan kutipan zakat di negeri Selangor daripada RM15.9 juta kepada RM1.12 bilion pada tahun 2023. Prestasi kutipan yang membanggakan ini mencerminkan kadar peningkatan tahunan purata sebanyak 17%.

 

Pada masa yang sama, pengagihan zakat turut meningkat daripada RM16.3 juta kepada RM1.15 bilion pada tahun 2023, dengan kadar peningkatan tahunan purata sebanyak 18%.

 

“Lebih membanggakan, LZS menjadi institusi zakat pertama di Malaysia yang mengagihkan zakat melebihi RM1 bilion. Kejayaan dan keupayaan untuk menguruskan zakat selama 30 tahun di negeri ini adalah berkat kepercayaan semua pengeluar zakat kepada LZS termasuklah anda semua yang berada di hadapan saya pada hari ini”, kata Ketua Pengawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Tuan Haji Mohd Sabirin Bin Mohd Sarbini.

 

“Dalam usaha untuk meraikan detik bersejarah ini, pelbagai program menarik telah dirancang untuk semua lapisan masyarakat, termasuklah di mana anda berada sekarang, di Karnival Zakat Selangor yang dianjurkan buat julung kalinya”, tambah Tuan Haji Mohd Sabirin.


Dalam perkembangan yang sama, LZS  melancarkan Rakan Affiliate Dakwah Kutipan Zakat (RADIUZ), sebuah inisiatif untuk menjana pendapatan secara dalam talian sebagai ejen pemasaran bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan LZS.

 

Penyerahan zakat oleh Pengarah Eksekutif MSC Trustgate.com Sdn. Bhd, Hazhar Bin Ismail kepada LZS

 

Semasa majlis perasmian karnival tersebut, pihak LZS juga menerima penyerahan zakat perniagaan daripada GAS Malaysia Berhad, MSC Trustgate.com Sdn. Bhd., dan Risda Agro Sdn. Bhd. 

 

LZS berharap agar penyerahan zakat perniagaan ini menjadi teladan dan pemangkin kepada syarikat-syarikat lain untuk tampil sebagai pengeluar zakat, sekaligus memenuhi kewajipan yang dituntut dalam Islam.

 

LZS menyampaikan sumbangan baikpulih rumah kepada penerima zakat, Farida Binti Osman

 

LZS turut menyalurkan bantuan agihan zakat sebanyak RM1.5 juta kepada penerima, merangkumi sumbangan kepada pertubuhan dan rumah kebajikan, pendidikan khas, perubatan, baikpulih rumah serta institusi agama, dan penyediaan peralatan untuk institusi agama.

 

Muhd Fikri Naim berharap agar LZS berjaya mencapai sasaran kutipan zakat sebanyak RM 1.22 billion pada tahun ini

 

Turut hadir, Ketua Divisyen Kutipan LZS, Muhd Fikri Naim Bin Harun yang menggalakkan lebih banyak pembayaran zakat kerana itu adalah adalah keperluan asnaf dan berharap agar LZS berjaya mencapai sasaran RM1.22 billion kutipan zakat pada tahun 2024 ini. 

 

Zakat Karnival Selangor berlangsung selama dua hari pada 28 dan 29 September 2024, bertempat di Dataran Karnival Stadium Shah Alam. 

 

Pelbagai aktiviti menarik di Karnival Zakat Selangor seperti petting zoo, CEO Run, Soccer 3 vs 3, dan kaunter bayaran saman PDRM dan JPJ bersama diskaun 30%

 

Sepanjang karnival ini, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti jualan oleh usahawan, termasuk usahawan asnaf, jualan Rahmah, trak makanan dengan pelbagai juadah, zoo mini interaktif, persembahan pentas Islami, CEO Run, serta sesi perkongsian ilmu yang bermanfaat. Selain itu, terdapat juga kaunter bancian asnaf dan semakan bantuan, serta perkhidmatan taksiran dan pembayaran zakat. 

 

Penampilan khas maskot Mechamato dan Boboiboy turut memeriahkan suasana karnival ini.

 

Orang ramai juga boleh menikmati diskaun sehingga 30 peratus bagi saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di karnival ini. 

 

Manakala, Karnival iKerjaya, turut diadakan menawarkan 3,000 kekosongan jawatan daripada 30 majikan dari pelbagai sektor dan memberi peluang pekerjaan kepada pencari kerja, khususnya asnaf fakir, miskin, dan mualaf yang berdaftar dengan LZS.

 

Jadi tunggu apa lagi? Ayuh datang ke karnival ini untuk berinteraksi secara langsung bersama pasukan LZS dan meriahkan hujung minggu anda!


Sila tonton dan share video Karnival Zakat Selangor di: mk.my/karnivalzs


Ingin menampilkan siaran akhbar, temu bual eksklusif, atau kandungan berjenama anda di Kinihalal & Malaysiakini? Email kami di [email protected]

 

Sertai komuniti Halal kami untuk mendapatkan berita dan acara terkini.

 

Ikuti Kinihalal di: Facebook, LinkedIn, Instagram, dan TikTok.


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

13 Oct 2024

Waktu solat berikutnya,

Isha

pada

20:12

mosque
imsak

Imsak

05:40:00

fajr

Fajr

05:50:00

syuruk

Syuruk

06:57:00

dhuhr

Dhuhr

13:02:00

asr

Asr

16:18:00

maghrib

Maghrib

19:02:00

isha

Isha

20:12:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Malaysia Showcase