Back To Halal News

Oct 30, 2024 11AM

Penambahbaikan MYeHALAL bagi mempercepatkan sijil halal, 15-23 hari

MELAKA, 29 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri akan memastikan industri halal dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia meraih manfaat daripada dasar perdagangan dan pelaburan ASEAN apabila negara memegang jawatan sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan.


Menteri berkenaan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pada masa sama industri halal turut meraih manfaat daripada Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.


Berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia 2023 di sini malam ini yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, beliau menekankan mengenai peruntukan berjumlah RM20 juta kepada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) untuk meningkatkan daya saing produk dan perkhidmatan halal Malaysia di peringkat global.


Menurutnya turut disambut baik adalah langkah penambahbaikan sistem MYeHALAL untuk mengurangkan masa pemprosesan bagi pengeluaran sijil halal kepada antara 15 dan 23 hari berbanding 30 hari, serta pemusatan 20 agensi kerajaan dan 100 badan pensijilan halal antarabangsa di bawah satu platform.


“Selain itu, penggabungan MATRADE dan Halal Development Corporation Bhd (HDC) adalah langkah strategik untuk memperkukuh sokongan pembangunan dan promosi perdagangan kepada pengeksport halal  terutama PKS bagi meningkatkan kepimpinan dan daya saing Malaysia dalam pasaran halal global.


“Akses pasaran untuk produk dan perkhidmatan halal Malaysia juga boleh diperluaskan lagi menerusi rangkaian strategik sebanyak 49 pejabat perdagangan MATRADE di seluruh dunia,” katanya.


Tengku Zafrul berkata Belanjawan 2025 turut menyediakan kerangka pembiayaan yang kukuh untuk PKS dalam sektor halal, termasuk nilai jaminan RM1 bilion melalui skim-skim jaminan kerajaan dan pelbagai kemudahan di bawah SME Bank dan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035.


“Saya yakin kesemua langkah dasar ini akan meningkatkan piawaian kecemerlangan, kecekapan dan produktiviti dalam industri halal supaya boleh dipelbagaikan dan meraih kelebihan daya saing di arena antarabangsa.


"Industri halal dan sektor eksport yang lebih kukuh akan turut menyokong PKS tempatan, mencipta lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan," katanya.

-- BERNAMA


Want to feature your press releases, exclusive interviews, or branded content on Kinihalal & Malaysiakini? Email us at [email protected] 

 

Join our Halal community to stay updated with the latest news and events. Follow Kinihalal on: Facebook, LinkedIn, Instagram, and TikTok.


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

07 Nov 2024

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:00

mosque
imsak

Imsak

05:38:00

fajr

Fajr

05:48:00

syuruk

Syuruk

06:56:00

dhuhr

Dhuhr

13:00:00

asr

Asr

16:21:00

maghrib

Maghrib

18:58:00

isha

Isha

20:10:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase