Back To Halal News

Jul 15, 2024 4PM

Pilihan Bijak dalam Diversifikasi Pelaburan

MIGA-i menawarkan solusi untuk pelabur menjana keuntungan melalui pelaburan emas dengan lebih bijak dan berfokus.


Pelaburan melalui tunai  pada masa kini berhadapan dengan pelbagai cabaran. Jadi pelaburan emas boleh menjadi alternatif lain bagi para pelabur.


Menurut Puan Tuty Marina, Ketua, Produk Baharu & Pembangunan Perniagaan, Perbankan Komuniti, Maybank Islamic Berhad, Maybank Islamic Gold Account (MIGA-i) merupakan akaun pelaburan emas yang patuh syariah yang wajar diketengahkan untuk menjadi solusi kepada sesiapa yang ingin mula menabung melalui emas.


Beliau berkata demikian ketika temu ramah HALALTUJU: Bual Bicara bersama Maybank Islamic: Gagal Simpan Duit, Tukar Simpan Emas! melalui platform Kinihalal.

(https://www.facebook.com/kinihalal/videos/3232462483553447)


Tambahnya lagi, dari perspektif institusi perbankan, emas dianggap sebagai pilihan pelaburan yang bermakna kerana berupaya untuk melindungi nilai mata wang.


Oleh itu, emas adalah pilihan yang bijak untuk para pelabur yang ingin mempelbagaikan aset portfolio mereka.


Penting untuk kita tahu bahawa pelaburan tidak sepatutnya bergantung sepenuhnya kepada wang tunai.


‘Kepelbagaian dalam pelaburan adalah sangat penting. Dalam istilah mudah, jangan letakkan segala pengumpulan harta dan simpanan kita didalam satu bakul (all in one basket), Ini adalah tidak ideal dalam pelaburan, kita perlu pelbagaikan portfolio pelaburan kita’ tambah Tuty Marina


Ini kerana menyimpan pelaburan dalam satu jenis aset sahaja bukanlah pendekatan ideal untuk pengurusan kewangan yang efektif. Portfolio pelaburan perlu dibina dengan pelbagai aset untuk mengurangkan risiko yang berkaitan dengan penurunan nilai aset tunggal.


Dengan cara ini, pelabur dapat mengimbangi potensi kerugian dan merancang kestabilan jangka panjang dalam pelaburan mereka.


HALALTUJU: Bual Bicara bersama Maybank Islamic: Gagal Simpan Duit, Tukar Simpan Emas!


Oleh kerana pelaburan emas Maybank patuh syariah, pelanggan akaun MIGA-i tidak perlu risau akan status patuh syariahnya dan dapat melakukan transaksi jual beli dengan hati yang tenang.


Pelaburan Emas mudah dengan MIGA-i

Dengan MIGA-i, anda boleh memulakan pelaburan emas dengan serendah RM10 setiap kali transaksi. Ini membolehkan pelabur dari pelbagai lapisan masyarakat untuk melabur dalam aset yang stabil seperti emas.

 

MIGA-i menawarkan perbezaan harga yang rendah dan menyediakan harga pasaran masa nyata untuk membeli dan menjual emas. Ini memastikan pelabur mendapat nilai terbaik untuk setiap transaksi emas mereka.


Penukaran kepada Emas Fizikal

Salah satu kelebihan MIGA-i adalah kemudahan untuk menukar emas digital dalam akaun kepada emas fizikal. Anda boleh memilih untuk memiliki emas fizikal dalam pelbagai saiz, dari 1 gram hingga 1,000 gram, sesuai dengan keperluan pelaburan anda.


Keuntungan dengan Mudah

MIGA-i memberikan kemudahan kepada pelabur dengan memberi pemberitahuan notifikasi apabila mencapai sekurang-kurangnya 10% keuntungan. Selain itu, anda boleh menetapkan pesanan masa depan secara automatik untuk membeli atau menjual emas pada harga yang anda tentukan seterusnya memaksimalkan potensi pulangan pelaburan anda.

 

Dengan MIGA-i, anda tidak hanya mempunyai akses kepada pelaburan emas yang selamat dan patuh Shariah, tetapi juga kemudahan untuk menguruskan pelaburan anda dengan cekap.

 

Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk kepada laman sesawang pelaburan emas Maybank Islamic Gold Account (MIGA-i) di sini.


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

08 Sep 2024

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:14

mosque
imsak

Imsak

05:48:00

fajr

Fajr

05:58:00

syuruk

Syuruk

07:05:00

dhuhr

Dhuhr

13:14:00

asr

Asr

16:17:00

maghrib

Maghrib

19:17:00

isha

Isha

20:27:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Malaysia Showcase