Back To Halal News

Sep 02, 2024 12PM

Potongan Zakat Bulanan: Tangani Kemiskinan Bandar

Datuk Hj Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP

 

Golongan asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terdiri daripada warga miskin bandar yang bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi dan kekurangan peluang ekonomi.

 

Kempen ‘Jom Potong’ yang dilancarkan pada 1 Julai 2024 hingga 31 Disember 2024 bertujuan menggalakkan lebih ramai individu, syarikat, dan institusi menunaikan tanggungjawab berzakat mereka melalui potongan zakat bulanan di ptg.zakat.com.my, sekaligus memastikan kelangsungan bantuan bulanan kepada golongan asnaf tersebut.

 

Menurut Datuk Hj Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, pada tahun 2024 ini sahaja, jumlah asnaf yang dibantu telah meningkat kepada 34,000 keluarga yang dibantu secara konsisten setiap bulan. 

 

“Kami melihat bahawa inisiatif dakwah dan juga pengutipan zakat ini perlu diperhebatkan kerana sasaran kami ialah untuk membantu asnaf yang terdapat di Wilayah Persekutuan yang semakin hari, semakin melebar”, kata beliau.

 

Kempen ini menggalakkan kaki tangan di sektor awam, dan juga swasta untuk memulakan potongan zakat melalui PPZ-MAIWP serta menyemak semula bayaran zakat yang sedang dibuat untuk memastikan sama ada perlu ditambah atau tidak. Oleh itu, kempen ini lebih tertumpu kepada mereka yang ingin memulakan potongan zakat dan mereka yang berhasrat untuk meningkatkan jumlah potongan.


Antara manfaat penyertaan dalam kempen ini adalah setiap bayaran zakat individu layak menerima tolakan atau rebat sebanyak 100 peratus. Selain itu, bayaran tersebut boleh diselaraskan dengan potongan cukai berjadual yang dilakukan setiap bulan. Pembayar yang menyelesaikan zakat melalui PPZ-MAIWP juga bukan sahaja memenuhi kewajipan berzakat mereka, tetapi juga menerima perlindungan khairat kematian atau Skim Kafalah Muzakki (SKM) sehingga RM3,000.

 

Selain itu, mereka yang membuat potongan zakat melalui gaji melebihi RM20,000 layak untuk mendapat pemulangan semula wang zakat, yang boleh diagihkan kepada asnaf, bermula dari 12.5% hingga 50%. Ini bukan sahaja membolehkan mereka membantu saudara mara dan rakan-rakan di sekitar mereka, tetapi juga memberi peluang kepada majikan yang melakukan potongan gaji untuk menerima wakalah sebanyak 12.5% hingga 37.5%.

 

Ini tidak hanya menguntungkan pembayar zakat, tetapi juga majikan mereka. Selain itu, majikan berpeluang menerima semula wang potongan gaji yang boleh digunakan untuk diagihkan kepada staf yang tergolong dalam golongan asnaf atau B40.

 

Tambah Datuk Hj Abdul Hakim Amir Osman, keperluan tahunan untuk golongan asnaf meningkat sekitar RM 108 hingga RM 110 juta setiap tahun. Oleh itu, kutipan zakat perlu dilakukan secara konsisten dan ditingkatkan dari semasa ke semasa untuk mengatasi peningkatan kadar kemiskinan, khususnya di kawasan miskin bandar di wilayah persekutuan.

 

"PPZ-MAIWP mempunyai tanggungjawab untuk mengutip zakat harta, zakat fitrah, dan wakaf di wilayah Persekutuan. Sementara itu, bahagian agihan zakat di MAIWP berperanan sebagai agensi yang menyalurkan zakat kepada golongan asnaf di wilayah tersebut”, kata beliau.

 

Pada tahun lepas, PPZ-MAIWP pertama kali dapat melepasi kutipan RM 1 billion di mana mereka berjaya mengutip sebanyak RM 1.035 billion zakat harta dan zakat fitrah iaitu meningkat sebanyak 11% berbanding dengan pencapaian 2022, sebanyak RM 937.03 juta, namun begitu, pada tahun 2024 ini, PPZ Maiwp mensasarkan kutipan zakat harta dan fitrah sebanyak RM 1.115 billion, yang naik dalam lebih kurang sekitar 8%.

 

Majikan diharapkan dapat berganding bahu dengan PPZ-MAIWP untuk memaksimalkan potongan gaji di kalangan pekerja mereka. Dengan cara ini, majikan dapat meningkatkan jumlah wakalah yang diterima untuk membantu asnaf dalam organisasi masing-masing. 

 

Masyarakat Islam perlu peka dengan kewajipan zakat mereka dan tanggungjawab membantu golongan asnaf, khususnya miskin bandar. Ini termasuk memulakan potongan gaji atau, bagi yang sudah melakukannya, menyemak semula sama ada potongan tersebut perlu ditambah untuk memastikan keperluan asnaf sentiasa mencukupi.


Ingin menampilkan siaran akhbar, temu bual eksklusif, atau kandungan berjenama anda di Kinihalal & Malaysiakini? Email kami di [email protected]

 

Sertai komuniti Halal kami untuk mendapatkan berita dan acara terkini.

 

Ikuti Kinihalal di: Facebook, LinkedIn, Instagram, dan TikTok.


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

21 Dec 2024

Waktu solat berikutnya,

Isha

pada

20:26

mosque
imsak

Imsak

05:51:00

fajr

Fajr

06:01:00

syuruk

Syuruk

07:13:00

dhuhr

Dhuhr

13:14:00

asr

Asr

16:37:00

maghrib

Maghrib

19:11:00

isha

Isha

20:26:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase