Back To Halal News

Aug 28, 2024 3PM

Kejayaan Eramas Group Hasil Pensijilan Halal


Pengurus Pengeluaran Eramas Ingredients, Mohd Ruhaimin Seman


Pensijilan halal adalah aspek yang penting bukan hanya kepada pengguna, tetapi juga kepada pihak syarikat secara amnya.

 

Eramas Group, sebuah syarikat atau entiti perniagaan, mementingkan pensijilan halal kerana ia akan memperkasakan lagi produk hasil keluaran kelapa, mematuhi garis panduan dan standard kualiti halal yang ketat.

 

Pensijilan halal keatas semua produk memberikan kepercayaan yang tinggi kepada pengguna untuk membeli dan menggunakan produk mereka.

 

Produk yang Diyakini Suci dan Bersih

 

Menurut Encik Ruhaimin, Pengurus Pengeluaran Eramas Ingredients (subsidiari Eramas Group), pensijilan halal melindungi pengguna daripada segi kesahihan halal, kebersihan makanan.

 

“Melalui pensijilan halal juga produk kita diyakini kesuciannya dan akan memberikan kepercayaan kepada pengguna terutamanya masyarakat orang Islam,” katanya.

 

Sesi temubual eksklusif En. Ruhaimin bersama Penerbit Kanan Kinihalal, Puan Syilda Ismail

 

Halal - Kriteria Utama Yang Dicari dalam Produk Makanan

 

Beliau juga menyatakan bahawa kebanyakan pengguna yang menggunakan produk adalah orang Islam sama ada di dalam atau luar negara.

 

Pengguna Islam di Malaysia apabila mencari sesuatu produk lebih-lebih lagi makanan, kriteria utama mereka adalah pensijilan halal daripada Jakim, tambahnya. 

 

Pembekal-pembekal bahan mentah Eramas Group diberi nasihat dan standard operasi untuk memastikan bahan sumber adalah disertifikasi halal dan mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam proses pensijilan halal.

 

En. Ruhaimin juga berkata, bukan hanya orang Islam sahaja yang boleh mendapat manfaat dari halal tetapi termasuk orang bukan Islam kerana halal itu sendiri adalah produk yang dijamin selamat, suci, dan bersih.

 

Pengilangan Produk yang Mematuhi Kriteria Halal

 

En. Ruhaimin berkata,  pekerja-pekerja di Eramas Group ini sama ada beragama Islam atau bukan beragama Islam diberikan penerangan dan latihan dalam panduan halal agar mereka mempunyai kesedaran serta memahami kriteria untuk produk halal.

 

Apabila berada di dalam sektor pengilangan terutamanya makanan, pihak majikan harus memastikan bahawa premis adalah halal dan tidak membenarkan pekerja-pekerja membawa masuk sebarang bahan yang kritikal (tidak halal) ke dalam premis kilang. 

 

Pekerja-pekerja di kilang Eramas 

 

Eramas Group mempunyai akreditasi FSSC 22000 (Food Safety Management Certification), jadi pengurusan mesti mengamalkan amalan pengilangan yang baik, memiliki SOP, serta prosedur khusus untuk pengunjung yang memasuki premis dan kawasan pengilangan. 

 

“Kami adalah sebuah syarikat yang mendapat pensijilan daripada Food Safety System Certification Scheme (FSSC), jadi kami perlu menjaga amalan pengilangan yang baik dan juga ada garis panduan”, tegas En. Ruhaimin. 

 

Kilang Eramas terletak di Bandar Enstek di gagasan HalalPark 

 

“Kami juga melakukan taklimat harian untuk mengingatkan pekerja-pekerja tentang kebersihan, kesucian, dan kekemasan tempat kerja bukan sahaja untuk memenuhi peraturan FSSC tetapi

juga dari segi keperluan halal dan menyediakan surau dan kantin untuk pekerja yang beragama Islam untuk solat dan berehat,” katanya.

 

Surau dan kantin disediakan untuk pekerja Eramas Group

 

Kebersihan diterapkan di dalam kilang Eramas 

 

Apabila disahkan mengikut piawaian halal, pengeluaran produk menjadi lebih terjamin kebersihan dan kesuciannya, dan sekaligus meningkatkan nilai pasaran dalam sektor pembuatan.

 

Ini juga secara tidak langsung meningkatkan jualan kerana konsep halalan toyyiban amat penting bagi umat Islam, kata En. Ruhaimin yang yakin Eramas Group akan maju hasil dari pensijilan halal yang diterapkan. 


Ingin menampilkan siaran akhbar, temu bual eksklusif, atau kandungan berjenama anda di Kinihalal & Malaysiakini? Email kami di [email protected]

 

Sertai komuniti Halal kami untuk mendapatkan berita dan acara terkini.

 

Ikuti Kinihalal di: Facebook, LinkedIn, Instagram, dan TikTok.




Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

14 Sep 2024

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:47

mosque
imsak

Imsak

05:47:00

fajr

Fajr

05:57:00

syuruk

Syuruk

07:04:00

dhuhr

Dhuhr

13:12:00

asr

Asr

16:12:00

maghrib

Maghrib

19:15:00

isha

Isha

20:24:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Malaysia Showcase