Nov 04, 2024 6PM
Usaha jenama telekung Siti Khadijah perindahkan surau angkat
Ruang luar Surau Angkat SK
Jenama telekung Siti Khadijah (SK) menyediakan prasarana surau untuk mereka yang beragama Islam menunaikan solat sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan dan komuniti.
SK dalam satu kenyataan memberitahu, dengan kerjasama Aeon Mall, mereka menaja surau di beberapa lokasi kompleks beli-belah yang terpilih di seluruh negara.
“Setiap sudut diberi nafas baru agar suasana lebih selesa dan tenang buat pengunjung yang berhenti sejenak untuk melaksanakan ibadah,” kata kenyataan itu.
Bahagian depan surau lelaki dan wanita dengan ruang menunggu yang luas serta tempat duduk disediakan
“SK berharap usaha kecil ini memberi manfaat besar buat semua. Family SK dah pernah singgah surau angkat SK?” katanya.
Antara lokasi terpilih ialah Aeon Mall Shah Alam Selangor, Aeon Mall Tebrau, Johor Bahru dan Aeon Mall Kota Bharu, Kelantan.
Menurut Pegawai Pemasaran SK, Siti Natrah Amirah Mohd Noor, tahun ini adalah kali kedua program Surau Angkat diteruskan di ketiga-tiga lokasi berkenaan.
Lebih menarik, bukan setakat menyediakan kemudahan surau, SK turut melengkapi prasarana tersebut dengan telekung jenama berkenaan yang terdiri daripada dua jenis material.
Papan tanda Surau Angkat SK x Aeon
“Kami memulakan inisiatif Surau Angkat sejak 1 Mei tahun lalu dengan tujuan bagi memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan solat dalam keadaan bersih dan selesa terutama ketika dunia masih dilanda Covid-19.
“Kami menaja telekung jenama SK untuk kegunaan surau berkenaan pada hari-hari tertentu saja. Namun, SK mempunyai perancangan untuk menyediakan telekung yang siap dicuci setiap hari,” katanya.
Ruang surau yang luas
Menurut Siti Natrah, sebelum ini pihaknya tidak memantau pengurusan setiap telekung yang disediakan jenama itu di ketiga-tiga Aeon tersebut.
Namun, katanya, pihak SK memberikan janji untuk memuaskan setiap pengguna surau berkenaan dengan mempertingkatkan perkhidmatan pembersihan telekung untuk kegunaan setiap hari.
“Ini pertama kali SK bekerjasama dengan AEON untuk program seperti ini. Justeru, kami akan menyelenggara pencucian telekung agar dapat memastikan kebersihan,” katanya.
Siti Natrah berkata, setakat ini, satu-satunya kompleks beli-belah yang mendapat tajaan sepenuhnya telekung SK adalah surau di Suria KLCC, Kuala Lumpur.
“Program Surau Angkat di Suria KLCC bermula sejak Ramadan lalu. Kami menyediakan telekung peringkat basic dan premium untuk kegunaan setiap hari di situ,” katanya.
Waktu Solat
06 Nov 2024
Waktu solat berikutnya,
Dhuhr
pada
13:00