Back To Halal News

Sep 09, 2024 5PM

Taiwan Komited Tingkatkan Restoran Ada Sijil Halal

Komitmen jelas


Taiwan semakin diiktiraf sebagai destinasi mesra pelancong Muslim, dan salah satu usaha utama yang dilakukan oleh negara ini adalah dalam memastikan restoran dan perniagaan makanan mendapat pensijilan halal yang sah. 

 

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran Pelancongan, MOTC, Chou Ting-chang terdapat lebih 400 restoran dan outlet yang sudah mendapat sijil halal di negara Taiwan. 

 

Walaupun ia nampak relatif kecil berbanding Malaysia dan Indonesia, namun kesedaran dan inisiatif semakin meningkat. 

 

Komitmen Taiwan dalam aspek ini semakin jelas, terutama dengan peningkatan jumlah pelancong Muslim yang datang ke negara ini.


Berikut adalah 3 restoran yang berkomitmen mendapat sijil halal dan mesra pelancong muslim rekomendasi dari tim Kinihalal.  



MOUNA RESTAURANT


Mouna menyantuni tim Kinihalal ke restorannya dan berkongsi sejarah penubuhan restorannya.

 

Pengasasnya Mounia Elaychia yang sudah bermastautin di Taiwan lebih 22 tahun, dan berkecimpung dalam perniagaan F&B di Taiwan lebih dari 10 tahun. Restoran Mouna menyediakan makanan hidangan yang lazat dari Maghribi dan India mendapat pensijilan halal yang sah. 

 

Komitmen syarikat ini untuk mendapatkan pensijilan halal dalam produk F&B halal bagi memenuhi permintaan bukan sahaja dari pelancong muslim tetapi juga penduduk bandar Taipei yang mahukan kepelbagaian citarasa kulinari. Restoran ini memiliki sijil halal dari pengiktirafan dari badan berkuasa Chinese Muslim Association (CMA).

 

Menurut Mounia, kesedaran rakyat Taiwan yang bukan beragama Islam tentang halal sudah meningkat. 

 

Malah katanya, dia sering kali diundang ke siaran media utama di Taiwan menceritakan tentang produk halal. 

 

Makanan sajian Maghribi di Mouna Restaurant 

 

FULL BELLY HK-STYLE RESTAURANT

 

Penerbit Kanan Kinihalal Syilda Ismail bersama Pemilik Restoran He Fei Da, yang bersedia mengikut SOP dan peraturan pensijilan halal negara Taiwan

 

Restoran ini terletak di Pusat Seni Tradisional Kebangsaan (National Center for Traditional Arts)  di Daerah Yilan, Taiwan. Ia adalah satu-satunya restoran di  timur laut Taiwan yang telah menerima pensijilan sebagai Mesra Muslim. 

 

Terkenal dengan hidangan kulinari dari  Hong Kong, restoran ini telah melaraskan menunya untuk memenuhi citarasa pelancong dan pengunjung Islam. 

 

Kami diberitahu, renovasi dapur dan tempat makan yang membahagikan restoran itu ke dua bahagian (halal dan tidak halal) telah menelan belanja yang tinggi namun tidak mematahkan semangat pemilik restoran He Fei Da, untuk memberikan yang terbaik kepada pelancong dan pelanggan Muslim dari Taiwan. 


Kulinari dan perkakasan makanan dan minuman dibahagikan mengikut prosedur piawaian ditetapkan.


Pemilik Restoran He Fei Da menunjukkan sijil halal yang diperoleh dari Chinese Muslim Association 


E-JING CAFE

 

Pemilik E-Jing Cafe, Sharon mahu sebar luas cinta dan sayang melalui halal


Dua tahun yang lalu, Sharon pemilik E-Jing cafe yang terletak di Luodong, Yilan ini, sudah 12 tahun berpengalaman dalam industri F&B, berkecimpung dan memastikan kafenya mendapat pensijilan halal.

 

Beliau sedar bahawa peluang untuk ekosistem industri halal masih terbatas, terutamanya kandungan halal disebabkan oleh kekangan dalam mendapatkan bahan-bahan halal namun ini tidak mematahkan semangatnya.

 

Usaha Sharon ini mungkin tidak ternampak impak besar namun ini adalah usahanya untuk menjadikan pengalaman pelancongan pelancong-muslim lebih selesa dan terjamin halal.



Sijil Mesra Muslim untuk pemilik bukan Islam



Sharon ketika ditemui Kinihalal menyantuni rombongan Salam Taiwan yang dikelolakan oleh Hexa Comms


E-jing Cafe menyediakan menu Korea dan Taiwan.


Kesedaran makanan halal meningkat di Taiwan. 

 

Ditulis Syilda Ismail, yang berkesempatan mengikuti lawatan Salam Taiwan selama 6 hari 5 malam. 


Ingin menampilkan siaran akhbar, temu bual eksklusif, atau kandungan berjenama anda di Kinihalal & Malaysiakini? Email kami di [email protected]

 

Sertai komuniti Halal kami untuk mendapatkan berita dan acara terkini.

 

Ikuti Kinihalal di: Facebook, LinkedIn, Instagram, dan TikTok.


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

13 Oct 2024

Waktu solat berikutnya,

Isha

pada

20:12

mosque
imsak

Imsak

05:40:00

fajr

Fajr

05:50:00

syuruk

Syuruk

06:57:00

dhuhr

Dhuhr

13:02:00

asr

Asr

16:18:00

maghrib

Maghrib

19:02:00

isha

Isha

20:12:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Malaysia Showcase